GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam terutamanya di negeri ini supaya tidak terlalu taksub dengan dakwaan seseorang itu kononnya daripada nasab Rasullullah SAW .
Beliau juga menasihatkan mereka supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang ulama atau kumpulan bawaannya supaya tidak mudah menjadi mangsa tipu individu atau kumpulan yang berkepentingan, sambil mengingatkan keturunan mulia tidak memberi sebarang manfaat kepada seseorang jika dia adalah seorang yang tidak taat kepada hukum dan ajaran agama seperti yang disampaikan oleh Rasulullah..
"Saya menyokong nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar) supaya masyarakat mengelak daripada sikap taksub secara buta tuli kepada seseorang yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad.
"Sikap taksub sedemikian menyebabkan fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran," katanya di sini pada Jumaat.
Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai "Mawla Amin" yang mengaku bahawa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.
Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kira-kira dua tahun lalu lelaki yang digelar Mawla al-Amin itu pernah dibawa oleh para pengkutnya ke Pulau Pinang dan beliau turut dijemput untuk hadir bersama dalam satu majlis selawat nabi.
Pada mulanya beliau menyatakan persetujuan untuk hadir ke majlis tersebut, namun kemudian membatalkannya setelah meragui kesahihan bahawa dia adalah daripada keturunan Rasulullah berdasarkan maklumat diperoleh dari pelajar Malaysia di Maghribi yang tahu latar belakang individu berkenaan.
''Seseorang yang mengaku dirinya mempunyai nasab tersebut perlu diminta supaya mengemukakan dokumen yang sah daripada pihak berkuasa di negaranya seperti mahkamah, majlis agama Islam, atau persatuan ulama yang dikenali umum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024
WAN SALIM: Saya menyokong nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri supaya masyarakat mengelak daripada sikap taksub secara buta tuli kepada seseorang yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad. - Gambar fail/Sinar Harian
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk
Umat Islam digesa bertanggungjawab dalam penglibatan masyarakat majmuk berbilang budaya dan agama
Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.
Hayati peristiwa Israk Mikraj dalam mencari kebaikan - PM Muhyiddin
Muhyiddin mahu setiap umat Islam terus mencari kebaikan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan.
Isu Kartel Daging: Harap tiada pilih bulu dalam siasatan polis - PERUJA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta agar menyiasat isu kartel daging sehingga pihak tidak bertanggungjawab disebalik isu itu dibawa ke muka pengadilan.
Umat Islam hilang jati diri, leka berkelahi dan berebut jawatan - Hadi Awang
Mereka lebih banyak berkelahi dan berebut jawatan sehingga berpolitik atas kepentingan diri sendiri.
Bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji bulanan
Umat Islam khususnya kakitangan kerajaan dan swasta dipelawa mendaftar untuk membayar zakat pendapatan melalui kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang dibuka mulai 1 Ogos.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat
Pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid.
Kerajaan sambut baik pendirian Arab Saudi mengenai ibadat haji tahun ini
Langkah tersebut bertepatan dengan konsep maqasid syariah iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa).
Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.