awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Valve berdepan saman £656 juta di UK atas tuduhan manipulasi pasaran permainan video
Iran kini "serius berbincang" dengan AS - Trump
Penunggang motosikal maut digilis treler
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terperdaya akaun TikTok palsu Tengku Ampuan Pahang

Bernama
Bernama
24/07/2025
01:50 MYT
Jangan terperdaya akaun TikTok palsu Tengku Ampuan Pahang
Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama 'Tengku Ampuan Pahang' yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah. - Gambar Bernama
KUANTAN: Orang ramai diminta tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Istana Pahang telah mengesan akaun dengan nama 'Tengku Ampuan Pahang' yang menyamar sebagai baginda dan membuat beberapa hantaran berkaitan Tunku Azizah.
"Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di aplikasi Instagram, namun ia bersifat peribadi," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini.
Sebarang aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan satu akaun sah di laman Facebook Kesultanan Pahang dengan kira-kira 728,000 pengikut.
Platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang, manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#akaun TikTok
#Tengku Ampuan Pahang
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan