awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terperdaya video AI tawar wang guna gambar MB Perak

Bernama
Bernama
03/09/2025
02:55 MYT
Jangan terperdaya video AI tawar wang guna gambar MB Perak
Saarani menyeru orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau membuat aduan kepada platform media sosial terbabit sekiranya ternampak akaun palsu berkenaan bagi mengekang penipuan digital daripada terus berleluasa. - Foto Saara
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menasihati orang ramai supaya tidak terperdaya dengan kewujudan akaun TikTok palsu yang menggunakan gambar dan suara beliau melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menawarkan wang tunai dan meminta mangsa menghubungi nombor telefon tertentu untuk membuat tuntutan.
Beliau berkata sejak petang semalam, pihaknya menerima banyak aduan mengenai beberapa video di platform berkenaan yang seolah-olah memaparkan tawaran wang ringgit daripada beliau, sedangkan perkara itu tidak benar.
"Akaun TikTok terbabit bukan milik saya dan segala tawaran yang dibuat juga tidak benar, saya memohon supaya orang ramai tidak membuat sebarang transaksi dengan pihak yang tidak dikenal pasti.
"Segala bentuk bantuan kerajaan hanya akan diumumkan melalui akaun media sosial rasmi Menteri Besar dan saluran rasmi kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Saarani berkata perkara itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.
Beliau turut menyeru orang ramai supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau membuat aduan kepada platform media sosial terbabit sekiranya ternampak akaun palsu berkenaan bagi mengekang penipuan digital daripada terus berleluasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#Saarani Mohamad
#video AI
#tawar wang guna gambar MB Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan