awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan timbulkan kekacauan di Langkawi - Amaran polis

Bernama
Bernama
25/03/2018
03:12 MYT
Jangan  timbulkan kekacauan  di Langkawi -  Amaran polis
Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata persiapan terperinci telah dibuat bagi menghadapi situasi yang tidak diingini. - Gambar fail
Polis akan mengambil tindakan segera untuk membanteras sebarang kegiatan yang boleh menimbulkan keadaan huru-hara di Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti memandangkan pulau peranginan ini merupakan salah satu kawasan panas PRU14.
Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata persiapan terperinci telah dibuat bagi menghadapi situasi yang tidak diingini termasuk memantau bahan-bahan yang disebarkan melalui media sosial.
"Pihak Polis akan bertindak serta-merta berdasarkan undang-undang yang ada dan saya meminta semua pihak supaya jangan menggunakan media sosial untuk mengirim bahan-bahan yang boleh mencetuskan kemarahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perhimpunan Hari Polis ke-211 yang diadakan di Ibupejabat Polis Daerah Langkawi.
Menurutnya perancangan Polis untuk menghadapi pilihan raya ini cukup sistematik dan rapi dengan melibatkan anggota-anggotanya menjalani kursus tambahan di Alor Setar dan Kuala Lumpur.
Kawasan Langkawi dijangka menjadi medan persaingan sengit dalam pilihan raya ini berikutan ura-ura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang kini menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan bertanding di kawasan Parlimen di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#Kuala Lumpur
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#media sosial
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#polis
#PPBM
#PRU14
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan