awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangka panjang sisa Lynas masih berbahaya - Fuziah

Bernama
Bernama
01/06/2019
13:58 MYT
Jangka panjang sisa Lynas masih berbahaya - Fuziah
Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh tetap berpendirian bahawa sisa kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini, perlu dihantar pulang.
Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh tetap berpendirian bahawa sisa kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, di sini, perlu dihantar pulang meskipun ada pihak mengatakan radiasi yang dihasilkan adalah rendah.
Beliau turut mempersoalkan apakah tindakan yang akan dilakukan jika berlaku peningkatan mendadak kes penyakit kanser di kawasan berhampiran kilang Lynas pada masa akan datang, memandangkan tiada kajian dasar kesihatan penduduk dilaksanakan di situ.
"Saya ingin mengingatkan bagi radiasi tahap rendah, kesannya bukan boleh dilihat semalam dua tetapi mungkin berpuluh tahun," katanya kepada media selepas menghadiri Program Ziarah Tautan Kasih Santuni Ibu Bapa di Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau berpandangan amalan terbaik yang boleh dilakukan ialah menghantar semula sisa itu ke Australia untuk dilupuskan di lombong di sana jika Lynas dibenarkan untuk meneruskan operasinya di negara ini.
"Jika Lynas bina kilang di Australia, itu yang akan dilakukan iaitu menghantar sisa ke lombong. Kenapa perlu ada dwistandard?
"Kenapa di sini mereka kata ia boleh diletakkan berdekatan kilang, di kawasan yang dekat dengan sungai dan laut?" soalnya.
Kelmarin, media melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada dialog dengan Kelab Koresponden Asing Jepun (FCCJ) di Tokyo, mengumumkan Malaysia akan membenarkan kilang Lynas di sini untuk terus beroperasi.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam dilaporkan berkata penghantaran pulang sisa radioaktif dihasilkan kilang Lynas adalah prasyarat bagi menyambung lesen operasi kilang tersebut di negara ini.
Sementara itu dalam program berkenaan, seramai 45 penghuni Kompleks Asnaf MUIP menerima sumbangan wang tunai, pakaian dan kuih-muih sempena sambutan Aidilfitri.
Kompleks Asnaf MUIP yang mula beroperasi pada 2010 ketika ini mampu menampung 50 penghuni dengan dikendalikan 22 pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anggota Parlimen Kuantan
#Fuziah Salleh
#Lynas
#lynas malaysia sdn bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan