awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janin bayi ditemui dalam tong sampah

Bernama
Bernama
07/02/2019
08:10 MYT
Janin bayi ditemui dalam tong sampah
Seorang pekerja Alam Flora menemui janin itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori. - Gambar hiasan
Satu janin bayi perempuan ditemui di dalam timbunan sampah di sebuah kawasan perumahan penjawat awam di Presint 18, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata janin yang dianggar dalam lingkungan tujuh hingga lapan bulan itu ditemui oleh pekerja Alam Flora yang sedang melakukan tugas pungutan sampah di Blok D perumahan tersebut.
"Polis menerima panggilan daripada orang awam pada 9.25 pagi memaklumkan ada jumpa janin bayi di dalam lori sampah setelah dimaklumkan oleh pekerja Alam Flora," katanya kepada pemberita di sini.
Menurutnya, pekerja terbabit menemui janin itu selepas memunggah sampah dari dalam sebuah tong sampah ke dalam lori.
Rosly berkata janin berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Kes disiasat menurut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#buang bayi
#buang janin
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan