awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janji temu pelacuran di kondominium, sembilan wanita warga asing ditahan

Fareez Azman
Fareez Azman
18/06/2021
03:19 MYT
Janji temu pelacuran di kondominium, sembilan wanita warga asing ditahan
Antara wanita warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral, di samping anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan, serta barang-barang yang dirampas dalam operasi pihak PDRM di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto: PDRM
KUALA LUMPUR: Sembilan wanita warga asing ditahan selepas didapati terlibat dalam aktiviti pelacuran di sebuah kondominium di ibu negara pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan dijalankan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Dang Wangi di kondominium yang terletak di Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 2 hingga 6.30 petang Khamis (17 Jun).
Jelasnya, kesemua wanita yang ditahan terdiri daripada warganegara Uzbekistan, Filipina, Belarus, Rusia, Iran dan Ukraine.
"Hasil pemeriksaan di dalam bilik kondominium tersebut telah merampas beberapa peralatan bagi tujuan aktiviti tidak bermoral, 13 unit telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh keping kad akses dan wang tunai lebih RM31,000 dan matawang asing AS$1,900 (RM7,600)," ujarnya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Siasatan awal mendapati kesemua wanita terbabit meraih pendapatan harian antara RM3,000 hingga RM6,000 sehari.
Semua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan aktiviti pelacuran diminta tampil menyalurkan maklumat membantu polis.
Topic Berkaitan
#seks
#Ukraine
#Iran
#Rusia
#Filipina
#minyak
#Imigresen
#warga asing
#Akta Imigresen
#aktiviti pelacuran
#Tidak bermoral
#PDRM
#IPD Dang Wangi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan