awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2022
12:05 MYT
Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
Amanah Ikhtiar Malaysia dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman di bawah SKSPS.
KUALA LUMPUR : Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
AIM dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua agensi menyasarkan seramai 342,798 usahawan yang berdaftar dengan AIM untuk dicarum dan dilindungi dengan skim berkenaan.
"Kolaborasi ini juga bakal menyaksikan AIM dilantik sebagai Ejen Korporat PERKESO bagi membantu merangsang dan menggalakkan Sahabat Usahawan AIM untuk mencarum dengan SKSPS, khususnya semasa mengemukakan permohonan pinjaman kewangan kepada agensi ini.
"Langkah serampang dua mata ini membolehkan Sahabat Usahawan AIM menerima manfaat pinjaman perniagaan, di samping dapat memastikan mereka turut mendapat perlindungan keselamatan sosial," kata kenyataan itu pada Isnin.
Selain mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala, kedua-dua agensi turut akan bekerjasama dalam usaha menambah cara pembayaran caruman SKSPS kepada Sahabat Usahawan AIM.
Langkah itu kata AIM, akan dilaksanakan menerusi penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai oleh AIM Solutions Group Berhad (ASGB), iaitu penyedia kemudahan e-pay yang digunakan oleh Sahabat Usahawan AIM.
"Pihak AIM juga komited untuk membantu PERKESO mempromosikan inisiatif Kerajaan di bawah Bajet 2022 iaitu SPS Padanan Caruman kepada penerima biaya AIM dan SKSPS kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS) dalam jelajah AIM di seluruh negara," tambah kenyataan itu.
Terdahulu, satu MoU ditandatangani Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz dan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Dalam pada itu, Shamir berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak asalkan ia dapat memberi manfaat kepada Sahabat Usahawan AIM.
“Dengan jumlah Sahabat Usahawan Aktif seramai 342,798 orang di seluruh negara, pastinya kerjasama yang terjalin ini akan memberi ruang kepada Sahabat AIM bagi memastikan mereka juga mendapat manfaat perlindungan Perkeso walaupun hanya bekerja sendiri atau membuka gerai goreng pisang di tepi jalan,” katanya.
Selain itu AIM sentiasa memastikan Sahabat Usahawannya mendapat manfaat melalui kerjasama strategik dibuat dengan mana-mana pihak terutama dalam usaha memperkasa lagi perniagaan Sahabat serta dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada golongan B40.
Topic Berkaitan
#AIM
#perkeso
#MoU
#carum
#Amanah Ikhtiar Malaysia
#Pertubuhan Keselamatan Sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan