BUKIT MERTAJAM: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahkan sebuah kilang haram yang menjalankan kegiatan memproses sisa peleraian elektrik dan elektronik di Juru, di sini, ditutup serta-merta dan dikompaun RM30,000 kerana beroperasi tanpa kebenaran serta lesen.
Pengarah JAS Pulau Pinang Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata menerusi operasi bersepadu pihaknya bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pada Isnin, kilang itu didapati menjalankan peleraian buangan elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Pemeriksaan pada 10 pagi mendapati kilang itu beroperasi tanpa apa-apa kebenaran atau lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan lesen daripada JAS di bawah Seksyen 18 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Berikutan itu, arahan menghentikan operasi serta-merta dan kompaun sebanyak RM30,000 dikeluarkan kepada kilang itu kerana gagal mematuhi peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 ," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sharifah Zakiah berkata siasatan lanjut dijalankan terhadap pemilik kilang itu dan pihaknya memandang serius keperluan pematuhan segala peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan buangan terjadual oleh semua pihak.
Beliau berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang gagal mematuhi peraturan dan perundangan serta memberi amaran agar tidak melupuskan barangan terjadual dengan sewenang-wenangnya di tempat yang tidak sepatutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Kilang itu didapati menjalankan peleraian buangan elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual. -Foto Sinar Harian/Facebook JAS
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
JAS Kedah kesan longgokan sisa insulator, disyaki diproses kilang haram
JAS dapati kawasan bangunan yang menempatkan sisa tersebut telah ditinggalkan serta tidak lagi beroperasi.
Kilang lebur logam haram diserbu
Pengoperasian kilang haram itu dikesan hasil daripada aduan orang awam.
Usah lagi bertoleransi dengan kilang yang cemarkan sungai - Aktivis
Kilang-kilang haram perlu dibanteras sebaiknya kerana didapati melakukan banyak pencemaran air sebelum ini.
JAS arah kilang haram e-sisa di Juru ditutup serta-merta
Kilang itu didapati menjalankan peleraian buangan elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai buangan terjadual.
Malaysia bukan kategori negara terkesan impak perubahan iklim - Tuan Ibrahim
Sebelum ini, timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.
5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram - Exco Selangor
Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.
'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor
Ramai pihak juga salah faham dan mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.
Isu Air Selangor: Mengapa beri peluang kepada pemilik kilang haram?
Selepas krisis bekalan air yang baru sahaja ke arah kembali ke normal, mengapa perlu tunggu sehingga hujung tahun".
Sultan Selangor titah rumah, kilang di tebing sungai dirobohkan
Baginda menyifatkan kilang haram tersebut berpotensi mencemari anak sungai dan sungai di Selangor.
5 pengusaha kilang haram di Kuala Langat dipenjara
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan operasi serbuan dan notis telah dikeluarkan kepada pengusaha kilang haram kitar semula plastik import di Kuala Langat.