ALOR SETAR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menyiasat kejadian pencemaran di hulu Sungai Kulim yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan babi di perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah, dekat Pulau Pinang.
Pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu menerusi sistem 'Notification of Pollution Event' (NPE) Tahap 1 pada 11 pagi, Jumaat lepas.
"Maklumat bacaan bagi parameter amoniakal nitrogen (NH3-N) yang direkodkan adalah 2.91152 miligram seliter (mg/L) dan melebihi had yang ditetapkan. Sehubungan itu, sepasukan pegawai penyiasat daripada Cawangan Kulim telah digerakkan bagi mengesan punca pencemaran.
"Semakan rekod inventori dan siasatan di lapangan meliputi kawasan hulu Sungai Kulim kemudiannya telah dijalankan, dan hasilnya menemukan aliran air berwarna hitam dari Sungai Air Merah yang terletak bersempadan antara Kedah-Pulau Pinang telah memasuki Sungai Kulim," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pasukan penyiasat kemudian telah menyusuri Sungai Air Merah dan melakukan pemantauan menggunakan dron di sepanjang sungai berkenaan.
"Pemantauan melalui dron di sepanjang Sungai Air Merah telah mengesan punca pelepasan air hitam itu yang disyaki berpunca daripada pelepasan efluen atau air sisa daripada aktiviti penternakan babi di perkampungan Sungai Lembu.
"Pemeriksaan di sekitar kawasan penternakan khinzir menemukan beberapa kolam yang melepaskan efluen ke Sungai Air Merah yang kemudiannya memasuki Sungai Kulim. Jarak antara kawasan penternakan ke pertemuan Sungai Air Merah-Sungai Kulim adalah tiga kilometer (km)," katanya.
Menurut Sharifah Zakiah terdapat Loji Rawatan Air Toh Allang di Sungai Kulim (di Pulau Pinang) yang membekalkan air bagi Pulau Pinang dan loji itu terletak kira-kira tujuh km dari pertemuan Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.
Beliau berkata hasil siasatan itu telah dimaklumkan kepada JAS Pulau Pinang untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa di Pulau Pinang seperti Jabatan Veterinar dan Badan Kawal Selia Air.
"Semua pihak digesa untuk tidak melakukan pencemaran sungai kerana ia boleh menyebabkan loji air ditutup dan menjejaskan bekalan air," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 18 2024
Sharifah Zakiah berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu menerusi sistem 'Notification of Pollution Event' (NPE) Tahap 1 pada 11 pagi, Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
JAS Kedah siasat punca pencemaran Sungai Kulim
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang menyiasat kejadian pencemaran di hulu Sungai Kulim yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan khinzir.