awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS keluar kompaun RM6 juta menerusi Ops Gempur 2022

Bernama
Bernama
03/04/2023
20:15 MYT
JAS keluar kompaun RM6 juta menerusi Ops Gempur 2022
Kompaun yang dikeluarkan itu melibatkan pelbagai pelanggaran peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan sebanyak 3,355 kompaun bernilai RM6 juta ke atas 4,364 premis perindustrian di seluruh negara menerusi Operasi (Ops) Gempur 2022, menurut jabatan itu.
JAS dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan kompaun yang dikeluarkan itu melibatkan pelbagai pelanggaran peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Selain kompaun, mana-mana premis perindustrian yang gagal mematuhi akta terbabit akan diberi notis arahan, penahanan operasi, perintah larangan dan penggantungan lesen, menurut JAS.
"Pelaksanaan Ops Gempur ini adalah usaha berterusan JAS dalam menjayakan serta memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang merupakan tanggungjawab dan komitmen semua pihak," kata JAS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#Ops Gempur
#notis arahan
#penggantungan lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan