awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS laksana lebih 4,000 rondaan darat, 645 penerbangan dron pantau pembakaran terbuka

Bernama
Bernama
25/07/2025
13:30 MYT
JAS laksana lebih 4,000 rondaan darat, 645 penerbangan dron pantau pembakaran terbuka
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan 4,184 rondaan darat dan 645 penerbangan dron bagi memantau aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyumbang kepada jerebu sejak awal tahun hingga semalam. - Foto hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan 4,184 rondaan darat dan 645 penerbangan dron bagi memantau aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyumbang kepada jerebu sejak awal tahun hingga semalam.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata bagi tempoh sama, JAS mengeluarkan 58 Notis Arahan, 27 tindakan mahkamah dan mengenakan 59 kompaun ke atas pihak yang didapati melakukan kesalahan berkaitan pembakaran terbuka.
"JAS meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan yang berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan agensi kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.
"Semua pemilik tanah dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri.
"Mereka juga perlu mengambil langkah untuk mencegah pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja," katanya.
Sementara itu, Wan Abdul Latiff berkata IPU yang direkodkan di laman sesawang JAS pada 3 petang ini menunjukkan lima kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik manakala 61 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.
"Dua kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat pada hari ini iaitu Kuching, Sarawak dan Johan Setia, Selangor.
"Kemerosotan kualiti udara di kedua-dua kawasan terlibat masih dipengaruhi jerebu rentas sempadan dan tiada kebakaran besar berlaku yang boleh menyebabkan jerebu setempat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#pantau pembakaran terbuka
#rondaan darat
#Wan Abdul Latiff Wan Jaffar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan