awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAS Perak ambil sampel bahan kimia susulan kematian 17 lembu di Batu Gajah

Bernama
Bernama
10/11/2025
13:30 MYT
JAS Perak ambil sampel bahan kimia susulan kematian 17 lembu di Batu Gajah
Lembu milik penternak R. Nithiananthan yang mati di lokasi bahan kimia dibuang di Taman Tronoh Baru pada Ahad. - Gambar faail/Bernama
IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah mengambil sampel bahan kimia yang didakwa menjadi punca 17 ekor lembu mati di Taman Tronoh Baru, Batu Gajah, selepas haiwan berkenaan dipercayai memakan rumput tercemar pada 5 Nov lepas.

Ringkasan AI
  • JAS Perak mengambil sampel bahan kimia sebagai penyebab kematian 17 lembu di Taman Tronoh Baru, Batu Gajah, yang dipercayai makan rumput tercemar pada 5 Nov.
  • Sampel tersebut dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis bagi mengenal pasti jenis bahan kimia yang dibuang.
  • Siasatan lanjut dengan kerjasama polis, JPV Perak, dan MDBG sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang terlibat serta mengambil tindakan undang-undang.

Pengarah JAS Perak Datuk Dr Mohammad Ezani Mat Saleh berkata persampelan itu dilakukan pagi tadi dan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengenal pasti jenis bahan kimia yang dibuang.
"Sampel yang kita ambil adalah daripada bahan (pepejal) yang dibuang (di lokasi), manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak pula ambil sampel daripada bangkai lembu.
"Ia telah dihantar ke Jabatan Kimia dan keputusan dijangka diperoleh dalam tempoh seminggu bagi menentukan bahan yang dibuang, serta sama ada ia berpunca daripada aktiviti industri tertentu," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Semalam, seorang penternak R. Nithiananthan, 38, kerugian kira-kira RM50,000 akibat kejadian itu, selain laporan polis turut dibuat bagi tindakan susulan.
Mohammad Ezani berkata siasatan terperinci akan terus dijalankan dengan kerjasama pihak polis, JPV Perak serta Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.
Mana-mana suspek yang ditangkap berhubung aktiviti tidak bertanggungjawab itu akan didakwa di bawah Seksyen 34(b) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
"Kita sedang buru suspek yang terlibat kerana ini satu jenayah serius dan membabitkan kematian. Kita juga minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tampil menyalurkan maklumat kepada pihak JAS Perak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Alam Sekitar
#bahan kimia
#bangkai lembu
#siasatan terperinci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan