PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada dengan mengambil kira beban tugas dan jumlah kes pencemaran yang berlaku dalam negara, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar.
Pada sesi interaktif bersama media di sini hari ini, beliau berkata ini kerana bidang tugas JAS adalah lebih luas meliputi kawalan pencemaran udara dan air, pengurusan buangan toksik, serta kualiti air sungai dan air marin yang memerlukan lebih ramai anggota pemantauan dan penguat kuasa.
Beliau berkata JAS telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk tambahan anggota penguat kuasa itu untuk memastikan tugas pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih baik.
Penambahan bilangan anggota juga dapat membantu JAS untuk meneruskan pemantauan terhadap hampir 60,000 kilang dan bengkel yang berpotensi melakukan pencemaran udara dan air, memandangkan tahap kesedaran pemain industri masih belum mencapai tahap memuaskan, katanya.
Wan Abdul Latiff berkata sebanyak 29 daripada 672 sungai atau empat peratus sungai di Malaysia tercemar, dengan antara punca utama pencemaran sungai tersebut adalah dari ladang penternakan, industri, loji kumbahan dan penempatan nelayan serta setinggan.
Wan Abdul Latiff berkata JAS juga dalam proses untuk menambah bilangan stesen automatik bagi pengawasan kualiti air sungai berbanding 30 stesen ketika ini.
"Kita sedang meneliti dan juga dalam proses perbincangan lanjut dengan kerajaan negeri dan juga mungkin operator loji rawatan air untuk mereka turut bersama kita memasang stesen automatik ini," katanya.
Stesen itu bagi memantau kualiti air sungai dan akan memberi amaran awal jika berlaku insiden pencemaran air sungai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
JAS memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada, kata Ketua Pengarahnya Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar. - Foto Facebook JAS
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Akademi Dalam Industri perkukuh saluran bakat mahir dan keperluan industri
Inisiatif Akademi Dalam Industri berpotensi merubah landskap pasaran buruh negara secara signifikan.
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengutip sebanyak 24 tan buangan barangan elektrik dan elektronik (e-sisa) di seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab.
JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani
Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal.
JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada.
Pelan tindakan pencemaran sungai perlu diwujudkan - JAS
Langkah itu perlu bagi memastikan isu pencemaran sungai negara ini mampu dikendalikan dengan berkesan sekali gus dihentikan.
Premis kitar semula digempur JAS
Sebuah premis kitar semula buangan terjadual dan skrap logam di daerah ini digempur selepas didapati tidak mematuhi keperluan perundangan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
2 kapal disyaki punca tumpahan minyak di perairan Labuan ditahan
JAS Labuan menahan dua kapal yang disyaki menyebabkan kejadian tumpahan minyak berhampiran jeti Labuan Shipyard Engineering (LSE) dan perairan Patau-Patau 1.
Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.
29 sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas - Nik Nazmi
Sejumlah 29 atau empat peratus daripada 672 batang sungai dikenal pasti tercemar tahun lepas, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.