awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
Wanita warga emas maut dalam kebakaran rumah di Kota Bharu
Pelarasan jadual bas elektrik tingkatkan pengalaman pelancong ke Semenggoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad korban pertama banjir Sarawak dihantar ke HUS untuk bedah siasat

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2016
12:55 MYT
Jasad korban pertama banjir Sarawak dihantar ke HUS untuk bedah siasat
Pasukan penyelamat mengangkat jasad mangsa yang ditemui kira-kira 150 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh. - Foto Astro AWANI
Jasad korban pertama banjir di Sarawak ditemui jam 5.50 petang Isnin oleh pasukan penyelamat kira-kira 150 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.
Mangsa yang disahkan sebagai Judus Jalina, 20, dilaporkan hanyut ketika meredah banjir di Kampung Maan, Padawan malam Sabtu lalu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, jasadnya ditemui di dalam semak di kawasan kebun.
Mangsa ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan terbaring.
Jasadnya kemudian diserahkan kepada polis untuk dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Dalam kejadian pada jam 9 malam Sabtu, mangsa bersama rakannya cuba menyeberang jalan yang ditenggelami air sebelum terjatuh dan dihanyutkan arus deras.
Rakan mangsa bagaimanapun terselamat selepas sempat berpaut pada dahan pokok.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#HUS
#judus jalina
#korban pertama banjir Sarawak
#mati lemas
#rumah mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan