awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
Pencemaran Sungai Sayong: JAS Johor, Jabatan Perikanan jalankan siasatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN, JPN jamin proses MyPR, kewarganegaraan berlandaskan undang-undang

Bernama
Bernama
25/01/2026
15:30 MYT
KDN, JPN jamin proses MyPR, kewarganegaraan berlandaskan undang-undang
JPN menjelaskan bahawa kawalan utama bagi permohonan MyPR berpandukan Permit Masuk sah daripada JIM, dengan proses kelulusan tertakluk sepenuhnya kepada kriteria dan penilaian yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan. - Gambar Facebook KDN
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan jaminan bahawa proses pemberian Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) dan kewarganegaraan Malaysia dilaksanakan secara ketat, telus dan berpandukan undang-undang, susulan kebimbangan yang disuarakan berhubung isu berkenaan.

Ringkasan AI
  • KDN dan JPN menegaskan proses pemberian MyPR dan kewarganegaraan Malaysia dijalankan dengan telus dan berpandukan undang-undang bagi memastikan kedaulatan negara serta keselamatan rakyat.
  • MyPR hanya dikeluarkan kepada individu bukan warganegara yang telah mendapat status pemastautin tetap melalui Permit Masuk yang diluluskan oleh JIM, dengan kawalan utama permohonan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  • Setiap permohonan MyPR dan kewarganegaraan diproses secara teliti, teratur, dan mengikut giliran yang sewajarnya demi memastikan kelayakan individu tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kepentingan negara.

JPN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa KDN dan jabatan itu mengambil maklum kebimbangan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkaitan kepentingan kedaulatan negara, keselamatan serta kesejahteraan rakyat dalam pemberian taraf pemastautin tetap dan kewarganegaraan.
Menurut kenyataan itu, MyPR hanya dikeluarkan kepada individu bukan warganegara yang telah memperoleh status pemastautin tetap melalui Permit Masuk yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sekali gus membolehkan mereka menetap dan bekerja secara sah di negara ini.
"Setakat 31 Dis 2025, sebanyak 261,156 pemegang MyPR direkodkan di seluruh negara," menurut kenyataan itu.
JPN menjelaskan bahawa kawalan utama bagi permohonan MyPR berpandukan Permit Masuk sah daripada JIM, dengan proses kelulusan tertakluk sepenuhnya kepada kriteria dan penilaian yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan.
Bagi memastikan ketulenan dan kelayakan pemohon, semakan silang secara bersepadu antara JPN dengan JIM turut dilaksanakan bagi mengesahkan Permit Masuk yang dikemukakan adalah sah dan dikeluarkan kepada individu yang layak.
Selain itu, setiap permohonan turut diperhalus oleh Panel Jawatankuasa Pertimbangan Kelulusan yang bersidang secara berkala bagi memastikan proses dibuat secara teliti dan berintegriti.
"Status MyPR boleh ditarik balik sekiranya pemegangnya didapati terlibat dalam sebarang kesalahan yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman awam atau kepentingan negara," menurut JPN.
Berhubung penganugerahan kewarganegaraan, JPN menegaskan bahawa langkah itu ialah anugerah tertinggi dan hak eksklusif kerajaan Persekutuan yang tidak diberikan sewenang-wenangnya.
Setiap permohonan kewarganegaraan diproses berdasarkan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan serta Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964, dengan mengambil kira kepentingan nasional, keselamatan dan kesejahteraan warganegara sedia ada.
KDN dan JPN turut memberikan jaminan bahawa semua permohonan akan diproses secara teratur, telus dan mengikut giliran yang sewajarnya sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Pertimbangan yang teliti perlu dilaksanakan bagi memastikan taraf kewarganegaraan Malaysia diberikan kepada individu yang benar-benar layak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan tanpa menjejaskan aspek keselamatan, kepentingan negara dan warganegara sedia ada," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menegaskan komitmen berterusan KDN dan JPN untuk melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab dan integriti selaras dengan titah nasihat Sultan Pahang itu.
Semalam, media melaporkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan berkaitan isu pemberian taraf penduduk tetap dan kewarganegaraan dengan bertitah bahawa perkara itu bukan sekadar isu pentadbiran, sebaliknya menyentuh soal amanah, integriti, keadilan dan maruah sebuah bangsa berdaulat dan tidak boleh dilayan secara sambil lewa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#Kementerian Dalam Negeri
#MyPR
#Permit Masuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan