Guru rugi RM325,000 terperdaya phone scam

Yahaya berkata wanita itu telah membuat 21 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi dan pinjaman bank ke lima akaun bank berbeza, dalam tempoh 29 Sept hingga 4 Nov 2025. - Gambar hiasan/Freepik
KUANTAN: Seorang guru kerugian RM325,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Ringkasan AI
- Seorang guru mengalami kerugian sebanyak RM325,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai AMLA.
- Mangsa membuat 21 transaksi pindahan wang ke lima akaun bank berbeza dalam tempoh 29 Sept hingga 4 Nov 2025 setelah dipercayai oleh suspek palsu.
- Ketua Polis Pahang menasihati orang ramai agar berhati-hati dan membuat semakan nombor akaun sebelum membuat sebarang transaksi berikutan peningkatan kes penipuan melalui panggilan telefon.
Beliau berkata wanita itu telah membuat 21 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi dan pinjaman bank ke lima akaun bank berbeza, dalam tempoh 29 Sept hingga 4 Nov 2025.
"Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal menghubungi suspek, nombor telefon telah disekat serta wangnya tidak dipulangkan seperti dijanjikan," katanya.
Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak panik apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali khususnya yang mendakwa daripada agensi penguat kuasa atau institusi kewangan.
Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


