Jasad mendiang Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada Khamis tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang malam tadi.
Jasad mendiang tiba pada pukul 12 tengah malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira 9.15 malam.
Sanak saudara dan sahabat handai yang berkumpul di perkarangan pangkalan udara itu diselubungi perasaan sedih dan pilu.
Antara kenamaan yang hadir bagi memberi penghormatan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.
Jasad Sundaran akan dibawa ke kediaman mendiang di Jalan USJ 2/4Q, Subang Jaya untuk upacara penghormatan terakhir oleh waris keluarga dan sahabat.
Sundaran meninggalkan isteri Datin Talagavathi R. Karapayah dan dua orang anak.
Sundaran memulakan kariernya sebagai Ketua Seksyen (Pelbagaihala), Bahagian Analisa Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan sebelum dilantik menjadi Ketua Sektor Fiskal dan Kewangan di kementerian sama pada 2008.
Lima mayat sudah ditemukan dalam tragedi helikopter itu di Sarawak Khamis lepas sementara pencarian seorang lagi mangsa akan diteruskan hari ini.
Selain mayat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon ditemukan semalam, mayat kedua ditemukan pada 8.30 pagi Sabtu di tebing Sungai Batang Lupar kira-kira 15km dari tempat Noriah dijumpai.
Mayat ketiga ditemukan tengah hari tadi kira-kira satu kilometer daripada mayat Noriah sementara mayat keempat dikesan pada 3.20 petang juga berdekatan mayat Noriah, manakala mayat kelima ditemui 6 petang, Sabtu.
Identiti satu lagi mayat yang telah disahkan ialah Ahmad Sobri Harun, pengawal peribadi Noriah.
Turut berada dalam helikopter itu ialah suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad serta juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas.
Bernama
Sat May 07 2016
Jasad mendiang tiba pada pukul 12 tengah malam dengan pesawat Charlie C130H melalui penerbangan dari Pangkalan Udara Kuching, Sarawak yang berlepas kira-kira 9.15 malam. - Gambar Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
PDRM bantu siasatan rakyat Malaysia ditembak di Betong Thailand
PDRM akan membantu pihak berkuasa Thailand dalam siasatan seorang rakyat negara ini yang cedera parah dipercayai terkena tembakan di Betong.
Rakyat Malaysia parah ditembak di Betong
Mangsa dari Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu, mengalami kecederaan di bahagian perut dan paha, dirawat di Hospital Betong.
Sarawak tubuhkan BDDA bagi jana ekonomi Betong
BDDA merangkumi beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Layar, Bukit Saban, Krian, Kalaka, Saribas, Beting Maro, Kabong dan Lingga
Lapangan Terbang Betong bakal rangsang pelancongan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Antarabangsa Betong yang baharu, bernilai 1.9 bilion baht menyambut penerbangan sulung pada Isnin.
Sarawak dijangka terima 650,000 vaksin CanSino pertengahan Julai ini - Uggah
Sarawak dijangka menerima vaksin COVID-19 jenis CanSino pada pertengahan Julai, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Kanak-kanak dua tahun mati dipercayai didera, ibu dan teman lelaki ditahan polis
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di Betong, hari ini.
MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin
Pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan minyak sawit ini melibatkan beberapa siri Rancangan Malaysia bermula Rancangan Malaysia Ke-7 hingga RMK11.
Amaran cuaca buruk, waspada di Sarawak
Amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku membabitkan Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman.
Amaran cuaca: Waspada dengan hujan lebat di beberapa negeri sehingga Selasa
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Pahang, Johor serta beberapa kawasan di Terengganu dan Sarawak dijangka berlanjutan sehingga Selasa ini.
Tragedi Feri Triso: Sembilan maut kenderaan pacuan empat roda terjunam ke sungai
Sembilan dipercayai sekeluarga maut selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam sungai ketika sedang menunggu feri di Triso petang Jumaat.