Penentu dan kelangsungan sesuatu bangsa bukan terletak kepada ruangan bangsa dalam mana-mana borang, kata Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.
Khairul berkata jati diri kemelayuan bukan di borang semata-mata sebaliknya yang lebih penting adalah pengisian jati diri sebagai orang Melayu.
"Kita beria pertahan status quo tetapi anak bangsa tercicir dari aspek ilmu dan jati diri," katanya kepada Astro AWANI.
Khairul juga melontarkan pandangannya mengenai perkara tersebut di laman mikro Twitter.
Sebelum ini pada 7 Mei, Bernama melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata kabinet telah memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan.
Beliau berkata kerajaan menilai setiap kewajaran sebelum memutuskan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan.
Bagaimanapun pada 8 Mei, Bernama juga melaporkan Entulu memohon maaf atas kekeliruan yang timbul berikutan laporan tentang pengguguran ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tidak memberi nilai tambah.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dalam Kabinet namun tiada sebarang keputusan dibuat.
Beliau berkata laporan akhbar yang menyiarkan berita berkenaan tidak mencerminkan kenyataan sebenar yang dibuat olehnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kerajaan akan menggugurkan ruangan kaum dalam borang rasmi.
Perdana Menteri berkata Kabinet tidak membuat apa-apa keputusan untuk menggugurkan ruangan tersebut.
Irwan Muhammad Zain
Sat May 10 2014
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun. -Foto BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Pelantikan perkhidmatan awam berdasarkan merit, bukan sebab kaum - Cuepacs
Perkhidmatan awam selama ini tidak pernah menetapkan bangsa sebagai faktor penentu dalam mengambil atau menaikkan pangkat penjawat awam.
Pada usia 95 tahun, saya tidak akan pernah berhenti perjuangkan nasib Melayu - Tun Mahathir
Sejak dari dulu beliau melihat sendiri nasib orang Melayu dan baginya, kuasa orang Melayu semakin merosot kerana mereka berpecah.
Program pembasmian kemiskinan ambil kira pelbagai faktor - Muhyiddin
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi memastikan kekayaan dapat diagih dan dinikmati secara bersama.
Ummah Rabbani Negara Harmoni, tema Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan
Tema itu bertepatan dengan realiti kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa, bahasa dan agama yang telah pun dicontohkan di zaman Nabi Muhamad SAW.
Dalam bantuan kemanusiaan, kita harus 'buta' agama dan bangsa - Zulkifli
Itu yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam usaha membantu antara satu sama lain ketika tempoh sukar ini.
Hina kaum, agama, Raja: 21,296 laporan dalam 6 minggu
SKMM terima 21,296 laporan berhubung kandungan berunsur perkauman, keagamaan dan menghina institusi Diraja dalam tempoh enam minggu pertama
Kerajaan perlu tegas martabatkan bahasa Melayu - U-Wei
U-Wei berkata negara-negara jiran berjaya menyatukan rakyat mereka dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa ibunda mereka.
Papua dan Indonesia, bersama atau berpisah?
Maka dengan kelahiran sistem negara bangsa di dalam politik antarabangsa menjadikan secara idealistiknya setiap negara didiami oleh satu bangsa yang sama.