Keputusan jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO menang tanpa bertanding pada Sabtu menunjukkan kehendak semua peringkat UMNO yang mahu mengukuhkan parti itu, kata penganalisis politik.
Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata keputusan itu juga menunjukkan kepimpinan kedua-dua pemimpin tersebut masih diperlukan di peringkat akar umbi.
"Ia sudah dijangka cuma nak tengok realiti akhir mungkin ada suatu situasi yang tidak dijangka.
"Ini adalah kehendak semua peringkat UMNO sama ada orang lama atau baharu dan juga bahagian mengemukakan pandangan yang sama, jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu pertandingan untuk mengukuhkan parti," katanya kepada Bernama kelmarin.
Samsul berkata ramalan banyak pihak sebelum ini yang tidak akan berlaku pertandingan di peringkat tertinggi tepat, selepas tempoh penghantaran borang pencalonan ditutup.
Lima, termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengekalkan jawatan masing-masing apabila diumum menang tanpa bertanding pada Sabtu.
Selain itu, Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin, Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar dan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Azlieza Azizan turut mengekalkan jawatan masing-masing setelah tidak ada yang mencabar kedudukan mereka.
Samsul berkata pemilihan UMNO kali ini juga bersifat menyeluruh apabila jawatan naib presiden mendapat saingan yang sengit, Majlis Tertinggi mendapat sambutan yang ramai, ketua Pemuda menghadapi pertandingan lima penjuru, ketua Wanita tiga penjuru dan ketua Puteri satu lawan satu.
"Jadi, ini boleh disifatkan sebagai satu pertandingan yang menyeluruh walaupun dua jawatan tertinggi tidak ada pertandingan," katanya.
Najib memegang jawatan itu sejak 2009 setelah menang tanpa bertanding ketika itu, manakala Muhyiddin juga memenangi jawatan itu sejak 2009 setelah menewaskan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Uniknya pada proses pendaftaran calon hari ini, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu merupakan pencadang bagi pencalonan sesama mereka, selain situasi serupa turut berlaku bagi pencalonan jawatan naib presiden apabila tiga penyandang, turut menjadi pencadang untuk pencalonan sesama mereka.
Bernama
Sat Sep 21 2013
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
Ringkasan fakta: Siapa Donald Trump?
Perjalanan politik Donald Trump penuh warna-warni dan pada 20 Januari 2025, beliau akan kembali semula ke White House.
Pihak berkuasa AS beri amaran mengenai campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya
Rusia dipersalah berkaitan video "individu yang mendakwa berasal dari Haiti dan menyamar untuk mengundi di beberapa daerah di Georgia".
Duma Boko diisytihar Presiden ke-6 Botswana
Duma Boko, calon presiden daripada parti Payung Perubahan Demokratik (UDC), diisytiharkan sebagai presiden keenam Botswana.
Uruguay adakan pilihan raya presiden dan parlimen
Yamandu Orsi daripada pakatan sayap kiri Frente Amplio mendahului pesaingnya Alvaro Delgado daripada parti pemerintah konservatif, Partido Nacional.
Kamala Harris dedah laporan kesihatan untuk cabar Trump
Keadaan kesihatan Harris sangat baik dan beliau mempunyai ketahanan fizikal serta mental yang diperlukan untuk berkhidmat sebagai presiden.
Pemimpin NPP Anura Kumara Dissanayake dipilih sebagai Presiden Sri Lanka
Anura Kumara Dissanayake muncul sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden Sri Lanka yang diadakan pada Sabtu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya pada Ahad, lapor Xinhua.
Pilihan raya parlimen bermula di Azerbaijan
Lebih 6.4 juta pengundi yang layak dijangka akan mengambil bahagian dalam proses pilihan raya ini.
Jokowi dijangka adakan rombakan kabinet hari ini
Menurut media tempatan, terdapat tiga orang menteri dan ketua badan kerajaan yang akan dilantik pada 9 pagi waktu tempatan.
Gencatan senjata di Gaza 'masih berpotensi' dicapai sebelum penghujung penggal - Biden
Biden berkata perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza masih berpotensi dicapai sebelum tamat tempoh penggal sebagai presiden.
Sekurang-kurangnya 5 presiden, 10 speaker hadir pelantikan Presiden Terpilih Iran
Seorang ahli lembaga pengerusi Parlimen Iran berkata lima presiden dan 10 speaker Parlimen akan menghadiri majlis pelantikan Presiden Terpilih Dr Masoud Pezeshkian.