Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperhalusi syarat-syarat pembelian unit kediaman Forest City, Johor sebelum membenarkan rakyat asing membeli hartanah yang membabitkan pelaburan sehingga AS$100 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu diputuskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa mempengerusikan Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara di Perdana Putra di sini, yang akan dianggotai oleh kementeriannya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor.
"Keputusan sama ada kediaman itu boleh dijual kepada warga asing masih belum diputuskan lagi, sebab itu kita kena bermesyuarat untuk menyemak dan meneliti selain melihat mekanisme penjualan dan pembelian itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perancangan Fizikal Negara, di sini hari ini.
Katanya beliau telah diarahkan untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu untuk berbincang dengan agensi atau pemaju terlibat.
Zuraida mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa Malaysia tidak akan membenarkan warga asing untuk membeli unit kediaman dalam projek Forest City bernilai AS$100 bilion (RM410 bilion).
Perdana Menteri menyatakan bantahan itu adalah kerana Forest City dibina untuk warga asing dan bukan dibina untuk rakyat Malaysia memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia tidak mampu membeli hartanah tersebut.
Rakyat Johor mengadu sejumlah besar warga China membeli hartanah di Forest City selain kebimbangan kerosakan alam sekitar, lambakan dalam pasaran hartanah dan impak tambakan tanah terhadap perikanan.
Menurut Zuraida, beliau difahamkan bahawa ada beberapa warga asing telah membeli hartanah Forest City itu dan mekanisme penjualan tersebut dilakukan di China, bukan melalui Malaysia.
"Kita mahu melihat bagaimana mekanisme yang dipersetujui sebelum ini. Kementerian tidak mempunyai sebarang keterlibatan dalam projek Forest City ini. Projek ini pun tidak pernah masuk ke dalam mesyuarat Perancangan Fizikal Negara untuk mendapat keluluskan,"katanya.
Dalam pada itu, Zuraida berkata pemaju dan pihak berkaitan perlu tampil dan memberi penjelasan menyeluruh kepada kerajaan berhubung projek tersebut.
Country Garden Pacificview Sdn Bhd, pemaju dan pengendali projek Forest City, dalam satu kenyataan semalam berkata ia mematuhi semua undang-undang dan peraturan dengan kelulusan yang diperlukan untuk menjual unit kediaman dan komersilnya kepada pembelian asing.
Country Garden telah membangunkan sebahagian kecil kawasan tambakan dirancang seluas 20 kilometer persegi, dengan 70 peratus pembeli pangsapuri pada tahun lalu merupakan warga China.
Dalam perkembangan lain, Zuraida menggesa pemaju yang ingin membangunkan projek berimpak tinggi di satu-satu kawasan agar mengadakan sesi 'townhall' bersama penduduk setempat bagi mengelakkan bantahan besar-besaran.
"Kita tidak mahu selepas mendirikan papan iklan luar, baru ada bantahan daripada penduduk kerana mereka tidak tahu projek ini. Maka, projek akan tergendala. Jadi, kita minta pemaju membuat kajian impak sosial (SIA) agar penduduk tahu tentang projek ini.
"Apa jua bantahan atau maklum balas, boleh terus dipertimbangkan untuk diserapkan dalam pembangunan kawasan itu," katanya, menambah antara sebab penduduk membantah ialah isu trafik, kesesakan, keselamatan, kehilangan punca pendapatan dan alam sekitar.
Sebanyak tujuh pelan penstrukturan dan lima projek pembangunan di Pahang, Johor dan Selangor dibentangkan pada mesyuarat Perancangan Fizikal Negara itu. -- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 28 2018
ZURAIDA: Keputusan sama ada kediaman itu boleh dijual kepada warga asing masih belum diputuskan lagi.
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Pemaju hartanah nafi dakwaan blogger tentang serangan buaya di Forest City
Hantaran berkenaan tidak berasas dan berniat jahat selain mengundang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dan menjejaskan reputasi.
Status SFZ Forest City mampu letak Malaysia di peta dunia dalam sektor kewangan, perbankan antarabangsa - UTM
Status zon kewangan khas (SFZ) Forest City mampu meletakkan Malaysia di peta dunia, khususnya dalam sektor kewangan dan perbankan antarabangsa.
Zon kewangan khas di Forest City bukti keyakinan Kerajaan Persekutuan
Syarul Izam berkata pihaknya ketika ini di peringkat untuk meneroka lebih banyak peluang pelaburan.
Zon kewangan khas diwujudkan di Forest City - PM Anwar
Kerajaan akan mewujudkan zon kewangan khas di Forest City dalam usaha merancakkan pelaburan, pertumbuhan dan aktiviti ekonomi di Johor.
Dakwaan wujud kes koronavirus di Forest City tidak benar - Jabatan Kesihatan Johor
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) hari ini menafikan dakwaan terdapat dua kes jangkitan novel koronavirus 2019 dikesan di Forest City.
Kerjasama China-Malaysia bakal hasilkan pelbagai projek hiburan kebudayaan bernilai RM3 bilion
Pengerusi Changsa LeFeng Culture Communication, Shi Cai Wen berkata dia teruja untuk bekerjasama dengan produksi Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman.
'Jangan sekat pemilikan hartanah oleh warga asing di Johor sahaja'
Sebaliknya, ia haruslah mencerminkan dasar sebenar kerajaan secara umum terhadap hartanah milikan asing di Malaysia keseluruhannya.
Projek tinggalan BN akan dipertimbang
Osman berkata, perkara itu adalah bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil tidak terlalu drastik sehingga boleh menjejaskan kredibiliti negeri.