awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Khas E-Rokok bermesyuarat 2 petang

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/11/2015
04:34 MYT
Jawatankuasa Khas E-Rokok bermesyuarat 2 petang
Mesyuarat itu juga akan mengkaji penguatkuasaan dan mekanisme kawalan terhadap penggunaannya sekaligus merungkai kebimbangan umum berhubung tahap risiko penggunaan vape. - Gambar Hiasan
Jawatankuasa Khas Mengenai Rokok Elektronik mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Kementerian Kesihatan, Putrajaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dijadual bermula jam 2 petang nanti.
Agenda utama mesyuarat berkenaan adalah untuk mengkaji kandungan cecair perisa vape mengikut Akta Racun 1952 bagi menentukan sama ada ia mempunyai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan.
Mesyuarat itu juga akan mengkaji penguatkuasaan dan mekanisme kawalan terhadap penggunaannya sekaligus merungkai kebimbangan umum berhubung tahap risiko penggunaan vape.
Penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Ahad.
Menurut Subramaniam sebarang kenyataan berhubung isu vape hanya akan dikeluarkan jawatankuasa itu bagi memastikan usaha merangka kawalan terhadap vape dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
BACA: KPDNKK bakal perkenalkan penyelarasan harga e-rokok
BACA: Merokok dan vape bukan aspirasi anak muda - Khairy
BACA: Isu vape: 'Kalau hendak cukai cakaplah terang-terang' - Rani Kulup
Topic Berkaitan
#E-rokok
#Kementerian Kesihatan
#rokok
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan