awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
5,819 murid pendidikan khas terima Sijil Alternatif Sekolah Menengah 20 Jan ini - KPM
Malaysia sasar perluas kerjasama pelancongan dengan Vietnam
Filipina tawar ganjaran AS$160,000 untuk bantuan tangkap taikun perjudian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Siasatan Dalaman ditubuh siasat kematian di Bachok

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2021
04:49 MYT
Jawatankuasa Siasatan Dalaman ditubuh siasat kematian di Bachok
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut. - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan Dalaman bagi menyiasat dakwaan insiden kekeliruan punca kematian membabitkan seorang lelaki di Bachok.
Pada Selasa, media melaporkan jenazah Che Azhar Che Lah, 51, yang sepatutnya dikebumikan terpaksa dibawa ke hospital semula ke hospital berikutan kekeliruan punca kematian.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut.
"Satu Jawatankuasa Siasatan Dalaman telah ditubuhkan bagi menyiasat insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Che Azhar terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal untuk membuang sampah dari rumahnya di Simpang Tiga Pak Badol, Bachok.
Dr Zaini berkata, punca kematian sebenar yang dicatatkan dalam permit pengebumian adalah disebabkan kecederaan parah (polytrauma) akibat kemalangan jalan raya.
"Allahyarham telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan dibawa ke hospital oleh ambulans klinik kesihatan yang berdekatan.
"Allahyarham telah diberi rawatan kecemasan sebaik sahaja tiba di hospital dan beliau telah disahkan mengalami kecederaan yang teruk dan meninggal dunia walaupun rawatan dan resusitasi telah diberikan," katanya.
Tambahnya, jenazah diarahkan untuk dibawa kembali ke hospital apabila pegawai perubatan bertugas di unit kecemasan hospital menyedari laporan polis tidak dibuat sebelum permit pengebumian dikeluarkan kepada waris dan jenazah dibenarkan untuk dibawa pulang.
Katanya, tindakan segera telah diambil oleh pegawai perubatan tersebut dengan menghubungi waris dan pihak polis.
"Pihak polis telah mengarahkan jenazah dibawa semula ke hospital untuk dijalankan bedah siasat," katanya.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Serdang Muda, Pak Badol jam 3 petang pada Selasa.
Topic Berkaitan
#kematian
#punca kematian
#Che Azhar Che Lah
#jawatankuasa siasatan dalaman
#Jabatan Kesihatan Kelantan
#Dr Zaini Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan