awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri

Bernama
Bernama
30/01/2021
10:39 MYT
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri
Takiyuddin (tengah, atas) meninjau sempadan Malaysia-Thailand dengan menaiki bot di Sungai Golok di Jeti Pengkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
PASIR MAS:Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.
Pengerusi bersama jawatankuasa itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata hari ini mereka meninjau sempadan Malaysia-Thailand di sini bagi melihat keperluan serta langkah yang perlu dilaksanakan dalam mengekang penularan COVID-19 dari luar negara.
Hasil lawatan hari ini akan dibentangkan pada pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri esok, katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dekat Rantau Panjang di sini.
Terdahulu, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengadakan lawatan ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di Tumpat.
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ditubuhkan bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar dan ia dipengerusikan secara bersama oleh Takiyuddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Jawatankuasa itu turut dianggotai lapan ahli tetap iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Ketua Kluster.
Penubuhan jawatankuasa itu merupakan susulan perisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula 12 Jan lalu hingga Ogos tahun ini sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Ordinan Darurat | Kerajaan mungkin ambil alih bangunan, fasiliti
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat
#Takiyuddin Hassan
#keselamatan
#COVID-19
#kesihatan
#kerajaan
#Kelantan
#undang-undang
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan