awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM bakal terima dua helikopter baharu - Nga

Bernama
Bernama
02/02/2024
10:18 MYT
JBPM bakal terima dua helikopter baharu - Nga
Kor Ming (dua, kanan) melepaskan Pasukan Ops Tahun Baharu Cina 2024 sempena Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ops Siaga Raya di Berjaya Times Square, hari ini. -Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal menerima dua helikopter baharu jenis AgustaWestland AW139.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata aset baharu itu akan menjadikan armada helikopter yang diuruskan oleh JBPM meningkat kepada 11 buah menjelang 2025.
"Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyokong dan terus berdiri teguh bersama JBPM.
"Hal ini supaya hampir 14,500 anggota bomba di seluruh 337 balai sentiasa peka, komited dan bersiap siaga, kita KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) akan menjadi tulang belakang kepada JBPM dengan memberikan sokongan padu kepada pasukan ini demi rakyat dan negara," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Kesiapsiagaan Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024: Op Siaga Raya di sini hari ini.
Ditanya bila kedua-dua helikopter akan diterima, Nga berkata ia akan diumum kemudian.
"Bukan sahaja bomba, pasukan uniform lain termasuk tentera dan pasukan polis, Angkatan Pertahanan Awam... semua akan menerima. Pengumuman akan dibuat tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#Nga Kor Ming
#helikopter baharu
#AgustaWestland AW139
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan