BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti lebih 200 'lokasi panas' yang sering berlaku banjir di negara ini, menurut Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
Beliau berkata JBPM telah bersiap sedia bagi menghadapi bencana itu termasuk menyediakan peralatan logistik darat, laut serta udara, dan mengerahkan 12,500 pegawai serta anggota untuk bertugas.
"Kita juga akan membekukan cuti anggota dan pegawai bomba di negeri yang dilanda banjir sekiranya keadaan menjadi semakin buruk, dan jika peralatan logistik tidak mencukupi JBPM akan menggerakkan dari negeri lain yang tidak dilanda banjir.
"Setakat ini, ada dua buah negeri sedang dilanda banjir iaitu Kedah dan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 JBPM Pulau Pinang di sini hari ini.
Seramai 105 pegawai dan anggota JBPM Pulau Pinang menerima pingat masing-masing pada majlis itu yang turut dihadiri Pengarah JBPM negeri Saadon Mokhtar.
Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata pihaknya sedang dalam kajian untuk mengurangkan masa bertindak dari 10 minit kepada lapan minit untuk jentera bomba tiba di lokasi kejadian.
Menurut beliau berdasarkan statistik, daripada 147,000 panggilan kecemasan setahun yang diterima pihak bomba, hanya kira-kira 60 peratus berjaya mencapai masa bertindak kurang daripada 10 minit.
"Ada cadangan supaya kita menurunkan masa gerak balas purata kebangsaan kepada lapan minit, namun banyak perkara perlu dilihat terlebih dahulu. Kami mungkin boleh capai 100 peratus (di bawah 10 minit) di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Perlis, kerana negeri kecil.
"Bagaimanapun, di negeri besar seperti Sarawak, Sabah, Pahang, Kelantan dan Perak tidak boleh dicapai. Jika berlaku di kawasan pedalaman, kami akan mengambil masa yang lama kerana tiada balai yang terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
JBPM telah bersiap sedia bagi menghadapi bencana itu termasuk menyediakan peralatan logistik darat, laut serta udara, dan mengerahkan 12,500 pegawai serta anggota untuk bertugas. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
JBPM kenal pasti lebih 200 'lokasi panas' banjir di seluruh negara
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti lebih 200 'lokasi panas' yang sering berlaku banjir di negara ini, menurut Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.