GOPENG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyasarkan untuk menubuhkan sekurang-kurangnya tujuh pasukan bomba sukarela (PBS) yang dianggotai masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman di negeri ini, tahun ini.
Pengarahnya, Azmi Osman, berkata perkampungan Orang Asli Ulu Geruntum di Gopeng merupakan PBS pertama diwujudkan dalam kalangan masyarakat Orang Asli bagi membantu menangani pelbagai insiden kecemasan seperti kebakaran, orang hilang atau lemas.
"PBS melibatkan Orang Asli ini dilihat mampu membantu menangani pelbagai insiden sebelum pasukan penyelamat sampai ke lokasi kejadian kerana kebiasaannya jarak kawasan penempatan Orang Asli agak jauh dari balai bomba di sesuatu kawasan.
"Masyarakat Orang Asli juga sememangnya berkemahiran di hutan kerana mereka sentiasa bersedia menghadapi binatang buas dan mereka tahu struktur jalan dalam kawasan hutan selain memiliki ketahanan fizikal amat padu untuk membantu kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra sempena penubuhan PBS Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching, hari ini.
Azmi berkata pegawai bomba dari balai bomba berhampiran akan datang ke kampung berkenaan dalam tempoh dua minggu atau sebulan sekali untuk memberi latihan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sewajarnya untuk menangani sesuatu insiden kepada anggota PBS Orang Asli
Sementara itu, Sandrea, berkata penubuhan PBS di kampung Orang Asli tersebut dilihat dapat membantu dalam tempoh yang paling singkat sekiranya berlaku kebakaran, kemalangan atau lain-lain bencanasebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.
"Di Gopeng ini juga merupakan tumpuan orang ramai kerana terdapat banyak kawasan pelancongan, jadi sekiranya apa-apa berlaku anggota PBS Orang Asli memainkan peranan penting dalam menyalurkan bantuan terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023
Pegawai bomba dari balai bomba berhampiran akan datang ke kampung yang terbabit untuk memberi latihan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang sewajarnya. - Gambar hiasan
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran di Sungai Buloh
Seorang anggota bomba cedera ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di kawasan perumahan Rancangan Rumah Murah Kuang, Sungai Buloh.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.
JBPM laksana penerbangan ihsan bawa ibu mengandung, kanak-kanak
Unit Udara JBPM melaksanakan penerbangan perubatan ihsan dengan membawa dua pesakit Orang Asli untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam.