awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM Sabah terus pantau impak kejadian gempa bumi di Filipina

Bernama
Bernama
03/12/2023
05:51 MYT
JBPM Sabah terus pantau impak kejadian gempa bumi di Filipina
Gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah selatan Filipina pada 10.37 malam, 42km tenggara Gingoog City dengan kedalaman 85km. -USGS
SANDAKAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah terus memantau kejadian gempa bumi di Mindanao, Filipina malam tadi dengan gegaran susulan sehingga pagi ini, sekiranya ia turut memberi impak kepada Sabah.
Penolong Pengarah Operasi JBPM negeri Hamsa Isnurdini berkata walaupun pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan terutama di pantai timur mengenai impak kejadian gempa bumi, pihaknya tetap membuat pemantauan rapi kerana kejadian itu melibatkan negara jiran berhampiran sempadan Malaysia.
"Kami (JBPM) tidak menerima sebarang laporan atau maklumat daripada orang ramai, tetapi kami memantau dengan rapi keadaan itu.
"Pegawai dan anggota kami khususnya di pantai timur dalam keadaan berjaga-jaga," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi kuat berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah selatan Filipina pada 10.37 malam, 42km tenggara Gingoog City dengan kedalaman 85km.
Setakat 11.28 pagi hari ini, kawasan itu menerima 14 gegaran susulan sederhana, namun MetMalaysia berkata tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#impak kepada Sabah
#JBPM Sabah
#gempa bumi di Mindanao
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan