awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM Terengganu siap siaga hadapi gelombang kedua banjir

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2019
22:54 MYT
JBPM Terengganu siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Orang ramai dinasihati agar menghentikan sebarang aktiviti air sepanjang musim ini bagi mengelak sebarang kejadian buruk. - Astro AWANI
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri (JBPM) Terengganu bersiap siaga menghadapi gelombang kedua banjir di daerah ini berikutan amaran hujan lebat dan ombak besar yang dijangka melanda.
Ketua Zon Dua JBPM Negeri, Penguasa Kanan Bomba Dua Azman Alias berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat yang bermula Ahad sehingga Rabu ini dijangka menyebabkan beberapa kawasan berisiko dinaiki air dengan cepat.
Sehubungan itu, katanya, aktiviti pemantauan kini giat dijalankan di beberapa sungai, pantai dan air terjun di daerah ini bagi memantau paras air.
“Bermula 24 hingga 27 November ini, paras air laut akan naik.
“Ramalan untuk hujan lebat itu agak tinggi berbanding apa yang berlaku tempoh hari.
“Pihak kami juga telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga bagi persiapan menghadapi sebarang kemungkinan banjir gelombang kedua yang akan berlaku,” kata Azman.
Beliau turut menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang aktiviti air sepanjang musim ini bagi mengelak sebarang kejadian buruk.
Katanya, orang ramai juga perlu patuh kepada arahan pihak berkuasa untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara sekiranya kediaman mereka ditenggelami air.
Topic Berkaitan
#Aktiviti air
#Azman Alias
#banjir
#bomba
#gelombang kedua
#hujan lebat
#JBPM
#Kemaman
#ombak besar
#pindah
#pusat pemindahan
#tenggelam
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan