JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan mengadakan program meraikan kejayaan skuad Harimau Selatan itu merangkul kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut, bersama penyokong pada 12 Sept ini.
JDT menerusi hantaran dalam laman Facebook Johor Southern Tigers menyatakan, pada program itu penyokong Harimau Selatan akan disajikan dengan pertunjukan bunga api dan 'in-car viewing party'.
"Sambutan tersebut - persembahan piala, pertunjukan khas dan bunga api - akan bermula selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur," menurut hantaran itu hari ini.
Hantaran itu turut menyatakan JDT pada masa ini sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kebangsaan, untuk memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) mengenai program itu.
"SOP berkenaan termasuk mengenai kemasukan penyokong ke tempat letak kereta dan susun atur acara. Nantikan pengumuman selanjutnya," seperti dinyatakan dalam hantaran tersebut.
Pada 27 Ogos lepas, jaringan hatrik penyerang import prolifik Bergson da Silva mengesahkan kejuaraan Liga Super kali kelapan berturut-turut buat JDT, selepas membenam Sri Pahang FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.
Kemenangan ke-16 dicatat JDT selepas 20 perlawanan kempen musim 2021 itu, meletakkan skuad Harimau Selatan 14 mata di hadapan Terengganu FC di kedudukan kedua, sekali gus menamatkan saingan perebutan takhta lebih awal dengan berbaki dua aksi liga.
JDT akan bertemu Terengganu FC pada 4 Sept ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu sebelum perlawanan terakhir menentang Kuala Lumpur United FC pada 12 Sept, di Stadium Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
JDT sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan kebangsaan, untuk memuktamadkan SOP mengenai program itu. - Gambar/ FB Johor Southern Tigers
Urus niaga mencurigakan, tiada keperluan mendesak jual pegangan MAHB - Radzi Jidin
Beliau mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat terlalu gelojoh untuk mengeluarkan MAHB daripada Bursa Malaysia.
[TERKINI] PM sampaikan Perutusan Negara malam ini
Astro AWANI akan membawakan siaran langsung komprehensif bersama pakar bermula pukul 8.30 malam.
Dua pegawai penguat kuasa direman empat hari
Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik .
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
'Bahang' iklim amat ketara di Asia, apa tindakan kita?
Pakar dari Institut Meteorologi Royal Netherlands, Carolina Pereira Marghidan menekankan penyampaian maklumat lebih berkesan menggunakan teknologi terkini segera diguna pakai dalam mendepani isu perubahan iklim yang semakin merosot sehingga menjejaskan kesejahteraan manusia.
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
Ia susulan kajian saintis serta pakar kumpulan World Weather Attibution (WWA) baru-baru ini mendedahkan bahawa Asia jadi benua paling ketara menerima kesan perubahan iklim dengan purata suhu ekstrem 40 darjah celsius di kebanyakkan kawasan, manakala suhu tertinggi 46 darjah celsius direkodkan di India pada bulan April. Ayuh bertindak! Kita #JagaBumi
#HariBiodiversitiSedunia #AWANIGreenAction
[KOLUMNIS] PRK KKB: UMNO ‘king maker’ senyap?
Di Kuala Kubu Baharu, UMNO dilihat sebagai penentu dan king maker dengan menghadiahkan satu blok undi, dalam jumlah yang besar.
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
Thailand umum rancangan jadi hab penerbangan Asia Pasifik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) mengumumkan rancangan tiga peringkatnya untuk menjadi hab penerbangan di rantau ini. Ia bakal meningkatkan kapasiti pengembara udara kepada 270 juta orang setahun menjelang 2037 dan menjadi antara lima negara teratas dalam logistik udara di Asia-Pasifik.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.