Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berada pada landasan tepat untuk melebarkan rekod juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut, selepas menewaskan Terengganu FC 1-0, malam tadi.
Perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu menyaksikan skuad Harimau Selatan membuka jaringan seawal minit kelima, menerusi pemain prolifik negara Safawi Rasid, yang pantas menyambar bola akibat kesilapan hantaran ke belakang pemain pertahanan Argzim Redzovic.
Menerusi kemenangan itu, skuad kendalian Benjamin Mora terus gah di persada carta Liga Super dengan 19 mata, dengan berbaki empat perlawanan lagi, selepas mencatatkan enam kemenangan dan satu seri.
Liga Super musim ini telah dipendekkan kepada satu pusingan merangkumi 11 perlawanan berbanding format asal yang mempunyai dua pusingan (22 perlawanan), akibat pandemik COVID-19.
Sementara itu, Perak bangkit selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan, termasuk keperitan minggu lalu apabila dimalukan 7-0 oleh JDT, dengan menewaskan UiTM FC 1-0 di Stadium Perak.
Jaringan hasil tandukan Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit keempat, daripada sepakan percuma Muhammad Rafiuddin Roddin, sudah cukup bagi skuad Bos Gaurus untuk menamatkan rekod empat perlawanan tanpa kalah UiTM FC, sekali gus melonjak ke tangga kedua carta dengan 11 mata.
Di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor bangkit dari ketinggalan untuk mengikat Melaka 1-1 dalam aksi yang dicemari dengan insiden kad merah, apabila pengadil Nafeez Abdul Wahad mengarahkan Brendan Gan keluar padang selepas mengutip dua kad kuning.
Pasukan pelawat mengejutkan skuad Gergasi Merah menerusi rembatan kencang penyerang import dari Nigeria Uche Agba, pada minit ke-38, namun kegembiraan Melaka tidak bertahan lama apabila pemain import dari Brazil Sandro da Silva, menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian.
Melaka berada di tempat ketiga, diikuti Terengganu, Kedah, Selangor dan UiTM FC berdasarkan kelebihan jaringan walaupun kelima-lima pasukan meraih 10 mata.
Dalam satu-satunya aksi Liga Premier pada petang semalam, jaringan tunggal Faiz Hanif Adnan pada minit ke-89, membantu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan United, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
UKM FC kini berada di tempat ketujuh dengan lapan mata selepas tujuh perlawanan, enam mata ketinggalan berbanding pendahulu liga, Pulau Pinang yang kurang satu perlawanan, manakala Kelantan United berada di tempat keenam dengan sembilan mata.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 11 2020
Safawi (kiri) berjaya melepasi penjaga gol TFC Mohd Shamirza Yusoff dan menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada saingan Liga Super Malaysia 2020 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam tadi. -- fotoBERNAMA
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Tiga pegawai polis ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat ACP, DSP dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.