awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejak Warisan Kantonis: Pesta Tanglung lonjak industri pelancongan di Ipoh

Aida Aziz
Aida Aziz
12/09/2022
00:00 MYT
Jejak Warisan Kantonis: Pesta Tanglung lonjak industri pelancongan di Ipoh
Datuk Rumaizi Baharin bergambar bersama pengunjung yang hadir di Pesta Tanglung. - Foto MBI
IPOH: Pesta Tanglung yang menjadi Jejak Warisan Kantonis di bandar raya ini, berupaya melonjakkan industri pelancongan di sini dengan keunikan dan auranya.
Jejak Warisan yang diwujudkan daripada tiga kaum utama itu juga melambangkan keharmonian serta perpaduan Keluarga Malaysia.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pesta itu dianjurkan bagi mempromosi dan memperkenalkan tradisi bangsa Cina Kantonis yang merayakan perayaan Zhong Qiu (Kuih Bulan).
Perayaan yang sinonim dengan nama Mid-Autumn ini antara lain sebagai tanda kesyukuran musim tuai yang mendatangkan hasil melimpah sepanjang tahun.
"Pesta Tanglung ini merupakan sebahagian daripada Jejak Warisan Kantonis yang dibangunkan di Ipoh.
"Selain daripada tiga lagi Jejak Warisan bagi menonjolkan Ipoh sebagai sebuah bandar raya yang unik, yang dibangunkan bersama tiga kaum terbesar di Malaysia," katanya.
Persembahan kebudayaan alat muzik tradisional. - Foto MBI
Persembahan kebudayaan alat muzik tradisional. - Foto MBI
Rumaizi berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Tanglung 2022 anjuran Persatuan Nam Hoi Perak dan Persatuan Shun Tak Perak di sini malam tadi.
Hadir sama, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Prof. Dr Richard Ng yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa penganjur pesta tersebut.
Dalam pada itu, Rumaizi berkata MBI sedang bersedia untuk menerima kehadiran pelancong, yang dijangka akan bertambah tahun depan.
Persembahan kebudayaan alat muzik tradisional. - Foto MBI
Persembahan kebudayaan alat muzik tradisional. - Foto MBI
Katanya persediaan itu merangkumi infrastruktur serta kemudahan lain.
"Semoga warga kota Ipoh akan bersama-sama MBI dalam menjaga kebersihan bandar raya ini.
"Di samping menjaga imej bandar raya Ipoh sebagai suatu destinasi pelancongan yang tidak dapat dilupakan.
"Serta membantu mengetengahkan satu budaya unik yang berpotensi sebagai produk pelancongan di bawah Jejak Warisan Kantonis," katanya lagi.
Persembahan kebudayaan alat muzik tradisional. - Foto MBI
Persembahan kebudayaan alat muzik tradisional. - Foto MBI
Mid-Autumn Festival atau perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 pada kalendar Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September.
Perayaan ini diraikan dengan kanak-kanak dan orang dewasa membawa tanglung.
Selain menghayati bulan purnama bersama keluarga serta tetamu, sambil menikmati kuih bulan dan teh Cina.
Topic Berkaitan
#pesta tanglung
#Jejak Warisan Kantonis
#pelancongan
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan