awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah AKM Terengganu tidak lupakan pelajar berkeperluan khas

Bernama
Bernama
01/06/2022
04:50 MYT
Jelajah AKM Terengganu tidak lupakan pelajar berkeperluan khas
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) akan berlangsung pada 2 hingga 4 Jun ini di Kompleks Sukan Negeri Terengganu. --fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Pelbagai program dan pengisian menarik akan dianjurkan untuk golongan pelajar berkeperluan khas pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung dari 2 hingga 4 Jun ini di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Kuala Nerus.
Pengarah Eksekutif Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama Jabatan Perdana Menteri Wan Azilawati Wan Mahmood berkata ia membuktikan Jelajah AKM kali ini, yang diterajui Kementerian Pendidikan dengan tema 'Keluarga Malaysia Keluarga Berilmu' bersifat holistik dan tidak melupakan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).
"Kita bawakan sekali aktiviti bersama Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas yang akan mengadakan kuiz, teka-teki dan soal jawab kepada pengunjung dan mereka berpeluang membawa pulang hadiah istimewa sekiranya berjaya menyertai serta memenangi aktiviti yang kita jalankan nanti.
"Banyak aktiviti yang akan kita ketengahkan untuk pelajar OKU," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Terengganu terbitan Bernama TV yang bersiaran secara langsung malam tadi.
Beliau berkata pengunjung Jelajah AKM Terengganu akan disajikan dengan program santapan rohani melalui segmen Malam Kebudayaan Islam antaranya Forum Perdana dan Kuliah Agama.
Wan Azilawati juga berkata seperti di Johor, Perlis dan Sabah sebelum ini, program Jelajah AKM di Terengganu akan menyaksikan penganjuran acara Pencarian Bintang Patriotik yang merupakan antara selingan hiburan serta 'santapan telinga' buat pengunjung.
Jelajah AKM merupakan kesinambungan kepada penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di 14 lokasi di seluruh negara dengan pengisian program berbentuk perkhidmatan kepada rakyat bagi memastikan masyarakat di semua peringkat dapat memahami serta menghayati konsepnya dengan lebih jelas, yang menitikberatkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar berkeperluan khas
#Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan