awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam

Bernama
Bernama
11/02/2025
15:15 MYT
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Kementerian Komunikasi memaklumkan jelajah yang telah dimulakan kementerian itu, digerakkan melalui MCMC. - Gambar FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian bertujuan untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat mengenai keselamatan internet, akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
Kementerian Komunikasi menerusi kenyataan hari ini memaklumkan jelajah yang telah dimulakan kementerian itu, digerakkan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan bersempena Hari Keselamatan Internet 2025 yang disambut hari ini, Kempen Keselamatan Dalam Talian akan diperluas dalam kalangan komuniti bagi memperkasakan pengetahuan orang ramai tentang keselamatan dalam talian.
"Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh keselamatan dalam talian dan menyediakan ruang digital yang lebih selamat untuk seluruh rakyat Malaysia," menurut kenyataan itu.
Antara fokus utama kempen ini ialah melarang kanak-kanak di bawah 13 tahun daripada memiliki akaun media sosial serta memastikan penggunaan internet berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, kempen ini turut meningkatkan kesedaran bagi mengelakkan masyarakat daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian (scam), judi dalam talian, buli siber, dan jenayah pedofilia, selain menggalakkan penggunaan internet secara selamat dan beretika.
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian di bawah inisiatif Kementerian Komunikasi itu dilancarkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Universiti Malaysia Kelantan pada 21 Jan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli siber
#judi dalam talian
#media sosial
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan