Skip to main content

Malaysia

Jelajah Rahmah santuni gelandangan dan mereka yang terjebak dengan gejala sosial

61550762181_mujahid.jpg
Kerajaan akan melaksanakan program Jelajah Rahmah  secara berperingkat bermula tahun ini, dalam menyantuni dan membantu komuniti gelandangan dan mereka yang terjebak dengan gejala sosial. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata program itu akan melibatkan masjid, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat.

"Selain memberi bantuan seperti makanan, golongan ini akan dibantu dengan pelbagai pengisian agama dan khidmat kaunseling supaya mereka dapat kembali berdikari dan hidup seperti orang lain.

"Pendekatan ini berbeza, bukan diadakan di dalam masjid seperti lazimnya tapi kita keluar dengan menyantuni mereka di tempat umum dalam satu-satu program," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Rahmah yang pertama kali dianjurkan di Anjung Singgah di sini malam tadi.

Sebelum itu, Mujahid bersama-sama menyertai sukarelawan daripada Yayasan Kebajikan Negara dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengedarkan bantuan makanan kepada kira-kira 200 gelandangan.

-- BERNAMA



Advertisement

Must Watch Video