MALAYSIA
Jelajah Skor A+ SPM PTTI: 4,000 calon SPM banjiri IDCC

(Dari kiri) Iman Troye, Cikgu Fana, Syed Saddiq, Race dan MK-K Clique ketika menyampaikan Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2024. -Foto PTTI Group
SHAH ALAM: PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan program khas Jelajah Skor A+ SPM dengan bimbingan secara bersemuka bersama pakar berkaliber di bawah naungan pusat tuisyen tersebut.
Ringkasan AI
- PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan program Jelajah Skor A SPM secara bersemuka di IDCC Shah Alam, disertai lebih 4,000 calon SPM 2025 dari seluruh negara dengan misi membina keyakinan pelajar melalui teknik Formula Mudah Faham PTTI.
- Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman (Cikgu Fana), menekankan kejayaan pelajar sebagai hasil bimbingan menyeluruh dan motivasi, serta mengumumkan pencapaian dua rekod Malaysia Book of Records: 400 pelajar mendapat semua A dan 18,432 gred A dikumpulkan.
- Program turut diserikan dengan kehadiran tokoh seperti Syed Saddiq yang mengumumkan tajaan RM100,000 untuk kelas dalam talian di Muar, serta selebriti seperti Bella Astillah, MK K-Clique dan Iman Troye yang berkongsi inspirasi kepada pelajar.
“SPM bukan sekadar peperiksaan. Ia adalah pintu pertama untuk menentukan hala tuju hidup.
"Setiap A yang pelajar kami capai, adalah hasil air mata, doa mak ayah, dan kepercayaan diri yang kami bina bersama mereka.
“Di PTTI, kami bukan sekadar mengajar. Kami latih pelajar untuk percaya bahawa mereka mampu, walaupun bermula dari kosong.
"Kami hadir untuk semua yang pernah rasa ‘aku tak pandai’, dan buktikan mereka juga boleh cemerlang.
“Bila pelajar percaya dengan potensi diri mereka, keajaiban boleh berlaku. Kami di PTTI hanya
fasilitator untuk ubah hidup mereka dan hari ini, dengan dua rekod Malaysia Book of Records, ini adalah bukti.
"Yang penting, kita belum berhenti. Kami akan terus bantu lebih ramai pelajar di seluruh negara.” katanya menerusi kenyataan, di sini.
Dalam pada itu, Cikgu Fana turut menekankan bahawa dalam sejarah pendidikan Malaysia, PTTI berjaya mencatat kejayaan berganda selepas merangkul dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR):
1. Most Straight A’s in a Tuition – 400 pelajar PTTI memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
2. Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition – 18,432 gred A dikumpulkan pelajar PTTI.

(Dari kiri) Fahmi, Race, Iman Troye, Cikgu Fana, Syed Saddiq, Asyraf Khalid dan MK K-Clique ketika pemberian cek RM100,000 bagi tajaan kelas dalam talian PTTI. - Foto PTTI Group
Menerusi majlis sama, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang tampil memberikan kata-kata motivasi turut mengumumkan tajaan kelas PTTI dalam talian bernilai RM100,000 khusus bagi pelajar di kawasan Muar, Johor.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Bella Astillah yang berkongsi pengalaman hidupnya sebagai inspirasi bagi para pelajar yang hadir.
Antara personaliti terkenal lain yang hadir ialah MK K-Clique, Iman Troye, Zaki Yamani, Nabila Razali, Space Dollah, dan Asyraf Khalid.
PTTI menawarkan konsultasi pendidikan percuma bagi pelajar dalam kalangan usia 12 ke 17 tahun, layari laman web rasmi PTTI di www.ptti.my untuk maklumat lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami