Roslina Talib, seorang daripada 476 jemaah haji Malaysia seliaan Tabung Haji (TH), yang terkandas di Jeddah sejak Sabtu lepas ekoran isu teknikal penerbangan, menganggap insiden itu umpama percutian tiga hari dua malam.
Menurut pengusaha taska dari Sri Rampai, Kuala Lumpur itu, pesawat yang sepatutnya membawa jemaah haji Malaysia pulang pada 24 Ogos gagal berlepas, dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah, disebabkan isu teknikal.
"Kami terkandas dalam pesawat. Kapten kemudian meminta kami turun dari pesawat dan memaklumkan penginapan akan diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab," katanya yang menitiskan air mata sebaik keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Roslina, 52, berkata jemaah haji yang terkandas di bawa ke sebuah hotel di Jeddah.
"Saya kemudiannya mengirimkan teks kepada keluarga di tanah air meminta mereka supaya tidak menunggu di KLIA kerana penerbangan ditangguhkan. Saya juga memberitahu keluarga supaya tidak risau, kerana saya berada dalam keadaan selamat," katanya.
Roslina berkata beliau kasihankan keluarganya yang sudah memasak pelbagai makanan kegemarannya, untuk menyambut kepulangannya.
Malaysia Airlines dalam kenyataannya memaklumkan penerbangan MH8311 kendalian Amal oleh Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah Malaysia Airlines, yang dijadualkan berlepas dari Jeddah 1.10 pagi pada Sabtu ke Kuala Lumpur, mengalami kelewatan berpanjangan disebabkan isu teknikal dihadapi pesawat A380-800.
Ketika di Jeddah, menurut Roslina mereka dibawa melawat masjid Qisas, yang pernah menjadi tempat pelaksanaan hukuman pancung dan potong tangan.
"Di tepi masjid itu pula terdapat tasik. Kami mengambil peluang untuk menenangkan fikiran dengan melihat panorama di situ," katanya.
Katanya, beliau terpaksa membasuh baju dan mengeringkannya pada waktu malam sepanjang tiga hari terkandas di Jeddah, kerana bagasi jemaah juga terkandas di lapangan terbang Jeddah itu.
Seorang lagi jemaah haji wanita, Hanipah Lagima, 55, dari Johor berkata, hidangan Maggi goreng dan ayam goreng ala Malaysia di hotel penginapan mereka, mengubati rindunya kepada tanah air ketika terkandas itu.
Suaminya Lokman Daim, 63, pula menyifatkan layanan TH sepanjang tempoh mereka terkandas, adalah 'kelas pertama'.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Pesara guru, Lokman Daim, 63, (kanan) bersama isterinya, Hanipah Lagima, 55, (tengah) dan anaknya, Nur Syafiqah, 23, adalah antara 476 jemaah haji yang terkandas di Jeddah sejak Sabtu lalu tiba di KLIA hari ini. - Bernama

Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Rusuhan di Capitol dikhuatiri akan berulang minggu ini, dengan beberapa protes kecil telah dimulakan dalam kalangan penyokong Trump.

"Ada pelajar yang slow learner.." - calon SPM bimbang tahap pencapaian
Ini termasuk keadaan norma baharu yang terpaksa dihadapi pelajar dalam sesi pembelajaran.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.

AWANI Ringkas: PM umum pakej PERMAI RM15 bilion | Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada 7 negeri

Vaksin COVID-19: KKM ambil maklum laporan susulan kes kematian di Norway
Autopsi menunjukkan penerima mengalami demam, mual dan cirit-birit yang merupakan kesan advers biasa selepas penerimaan imunisasi.
![AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/29301631761610974651236/1886146_27846248381610974792060_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [18/01/2021]: Pakej berjumlah RM15 bilion | Pengguna terkesan
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Jasmine Abu Bakar Fokus #AWANI745: - Tiga fokus, 22 inisiatif, RM15 bilion untuk Pakej Permai - Proklamasi darurat, saman pemula dikemukakan terhadap Perdana Menteri, kerajaan - Permit, lesen syarikat kuari musnahkan air terjun Tanjung Batu ditahan #Darurat #PolitikMalaysia #HapusCOVID19

Angkat sumpah Biden | FBI arah 25,000 tentera disiasat
Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengarahkan kesemua 25,000 anggota tentera di Washington DC menjalani pemeriksaan keselamatan. Ini susulan kebimbangan pihak berkuasa serangan dilancarkan dalam kalangan anggota keselamatan pada upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden 20 Januari ini.

Cabar proklamasi darurat bukti Anwar utamakan politik peribadi - MPT Bersatu
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mencabar proklamasi darurat melalui mahkamah jelas memperlihatkan sikapnya yang lebih mementingkan agenda politik peribadi.

Bunuh kucing | Broker wanita mengaku tidak bersalah
Seorang broker wanita, Hah Choy Kheng, 52 tahun mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan anak kucing sehingga mati pada Disember lalu.

Minyak Masak | Kenaikan harga antara RM1 hingga RM1.50
Minyak masa di Hulu Terengganu didapati terdapat kenaikan harga hasil tinjaun di sebuah pasar raya

Ibadah haji tahun depan belum diputuskan, jangan percaya berita tular - Tabung Haji
Rujuk hanya kepada Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan rasmi berkenaan ibadah haji.

WHO puji Arab Saudi laksana 'norma baharu' ibadah haji
Ibadah haji tahun ini menyaksikan pelaksanaannya dilakukan pada skala lebih kecil iaitu hanya sekitar 10,000 jemaah, jauh lebih kecil berbanding 2.5 juta jemaah dari seluruh dunia pada tahun lalu.

Tidak dapat mengerjakan haji, satu ujian - Sultan Perak
Disebabkan perlunya langkah-langkah pencegahan menangani wabak COVID-19, umat Islam di serata dunia tertangguh untuk mengerjakan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

10,000 umat Islam di Tanah Suci tunai ibadah haji
10,000 umat Islam berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ini berbanding kira-kira 2.9 juta orang pada tahun lalu.

Arab Saudi lulus permohonan lapan jemaah Malaysia tunai haji
Lapan rakyat Malaysia yang menetap di Arab Saudi terpilih dalam kalangan 1,000 jemaah yang dibenarkan negara itu untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Pakde, Makde, simpan duit haji untuk tahun depan ya ...
Perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.

Indonesia batal penghantaran jemaah haji 1441H
Pada tahun lepas, kuota jemaah haji dari Indonesia adalah berjumlah lebih 231,000 jemaah.

Pameran peta minda ibadah haji dapat pengiktirafan Malaysia Book of Records
KAFA Pulau Pinang dalam perancangan mengadakan beberapa program pada tahun depan yang diharapkan bakal merangkul pengiktirafan MBOR seterusnya.

Kerajaan cari jalan turunkan kos haji
Teliti aspek-aspek yang menyebabkan kos menjadi tinggi, termasuk caj penginapan dan tiket penerbangan supaya kadarnya dapat dikurangkan.

Jemaah haji anggap insiden terkandas umpama 'percutian' di Jeddah
Ada jemaah yang menyifatkan layanan Tabung Haji sepanjang tempoh mereka terkandas, adalah 'kelas pertama'.