awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurujual lelaki didakwa berpakaian, berkelakuan seperti wanita di Kuala Terengganu
Simpanan haji perlu jadi keutamaan jangka panjang - Pakar ekonomi
Siasatan beberapa kes berprofil tinggi akan disiapkan dalam masa terdekat - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis

Bernama
Bernama
14/01/2026
06:54 MYT
Operasi perobohan di Kampung Chubadak Tambahan lancar, tiada bantahan - Polis
Polis berkata, pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah langkah penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang pembinaan dan pendudukan tidak sah di kawasan terbabit. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi perobohan 68 unit kediaman di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul di sini hari ini berjalan lancar tanpa sebarang bantahan atau provokasi daripada penduduk.

Ringkasan AI
  • Operasi perobohan 68 unit kediaman di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul berlangsung lancar tanpa bantahan penduduk.
  • Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari, menyatakan operasi dilakukan untuk memastikan keselamatan awam terpelihara.
  • Kebanyakan penghuni bersetuju dengan operasi kecuali 18 penghuni di Zon 4 yang melibatkan peguam untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata sebanyak 206 pegawai dan anggota polis ditugaskan membantu melaksanakan Perintah Mahkamah berkaitan perobohan kediaman serta binaan di tanah terbabit.
"Penugasan ini bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara sepanjang proses pelaksanaan Perintah Mahkamah ini," katanya kepada pemberita di lokasi operasi hari ini.
Beliau berkata kekuatan polis dibahagikan kepada enam zon penugasan mengikut kelompok rumah yang telah dikenal pasti untuk dirobohkan, dan setakat ini tiada sebarang bantahan atau provokasi dilaporkan.
Mengulas notis pengosongan, Ahmad Sukarno berkata writ mahkamah telah diserahkan kepada penduduk pada 5 Dis lepas, manakala notis pengosongan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh writ disampaikan pada 26 Dis.
"Pada hari ini, 14 Jan, tindakan perobohan (notis pengosongan) terhadap premis terlibat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata kebanyakan penghuni akur dengan operasi dijalankan kecuali melibatkan 18 penghuni di Zon 4 yang telah melantik peguam bagi tindakan lanjut.
"Ini membabitkan 18 kediaman dan perkara berkaitan tindakan lanjut akan diputuskan pihak mahkamah hari ini," katanya.
Ahmad Sukarno berkata operasi itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), selain pemeriksaan serta 'pembersihan' oleh Jabatan Imigresen Malaysia dua hari lepas.
Beliau menjangkakan operasi perobohan itu selesai pada tengah hari atau awal petang ini, sambil menegaskan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu adalah langkah penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang pembinaan dan pendudukan tidak sah di kawasan terbabit.
Sebelum ini, media melaporkan tindakan tegas terhadap binaan haram, premis tanpa kebenaran serta pencerobohan kawasan yang melanggar undang-undang akan dilaksanakan menerusi perintah penghakiman penyerahan milikan kosong di Kampung Chubadak Tambahan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Chubadak Tambahan
#operasi roboh rumah
#PDRM
#Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan