Lesen agensi pelancongan yang terlibat dalam kes 26 jemaah haji Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah boleh dibatalkan jika didapati melakukan kesalahan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Menurut beliau, kementerian akan memanggil pemilik syarikat terbabit untuk mendapatkan penjelasan dalam masa terdekat dan membuat siasatan lanjut.
"Kita akan lihat kalau syarikat ini berdaftar dengan kementerian dan lesen mereka dikeluarkan oleh kementerian.
"Kalau dia (syarikat) salah guna lesen dan menyebabkan jemaah ini terkandas dan dihantar balik, kemungkinan besar kita akan batalkan lesen," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
BACA: 26 rakyat Malaysia terkandas di Jeddah
Mohamaddin berkata, tindakan tegas itu bertujuan memberi pengajaran kepada agensi pelancongan lain supaya tidak sewenang-wenangnya menyusahkan jemaah yang ingin menunaikan haji atau umrah.
Ditanya mengenai tindakan syarikat terbabit menggunakan khidmat orang tengah untuk menguruskan visa jemaah, Mohamaddin berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
"Apabila kita luluskan syarikat ini untuk mengendalikan (haji dan umrah) dia perlu kendalikan secara terus bukan pakai orang tengah.
"Ini pun adalah satu kegagalan syarikat kerana dia sendiri tidak urus, dia pakai orang tengah pula," katanya.
Semalam, seramai 26 jemaah rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah kerana memiliki visa haji Furada yang tidak sah, menyebabkan mereka terpaksa diterbangkan pulang ke Malaysia.
Visa haji Furada mereka, iaitu visa haji yang diperoleh dengan berurusan secara terus dengan Kedutaan Arab Saudi, tidak dapat disahkan oleh pihak Imigresen Arab Saudi.
Kumpulan yang terdiri daripada 12 lelaki dan 14 wanita itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 07 2019

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan memanggil pemilik syarikat pelancongan yang terbabit dalam kes jemaah haji terkandas di untuk mendapatkan penjelasan dalam masa terdekat dan membuat siasatan lanjut. - Gambar hiasan

Sultan Pahang, Tengku Ampuan santuni keluarga kanak-kanak lemas
Baginda berdua amat bersimpati dan berharap ibu bapa serta seluruh keluarga mangsa tabah dan reda dengan ujian kehilangan itu.

Bekas Presiden Filipina Duterte menang kerusi datuk bandar dalam pilihan raya pertengahan penggal - Keputusan awal
Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya.

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Tahun ini, dam dan korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Lawatan Zelenskyy ke AS satu kegagalan - Rusia
Lawatan Zelenskyy ke Washington pada 28 Februari adalah kegagalan sepenuhnya bagi rejim Kyiv.

Misi penubuhan negara Palestin oleh PBB gagal - Abbas
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Selasa mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana gagal membantu menubuhkan sebuah negara Palestin.

Najib gagal gantung prosiding 1MDB
Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menggantung sementara perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Pelancaran satelit pengintip Korea Utara gagal lagi
Percubaan kedua Pyongyang untuk melancarkan satelit pengintip tentera ke orbit telah gagal, lapor media negara itu pada Khamis.

Terlalu awal untuk hakimi Kerajaan Perpaduan gagal - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai 'gagal.'

Kelayakan Piala Asia B-20: FAM akui kegagalan skuad muda negara
FAM tanpa berselindung mengakui kegagalan skuad B-19 negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 di Mongolia minggu lalu.

Annuar sangkal tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi gagal
Ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Mesyuarat Khas Parlimen: Tindakan kerajaan gagal bendung COVID-19 - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata sebagai individu yang pernah meletakkan jawatan dua kali, apalah sangat kalau letakkan jawatan sekiranya memang terbukti gagal.

Trio recurve lelaki negara gagal ke Olimpik Tokyo
Trio negara diketuai Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin tewas 6-2 kepada pasukan Ukraine.

Kerajaan Boris Johnson gagal uruskan pandemik - Dominic Cummings
Dia mendedahkan membuat keputusan meninggalkan pejabat Downing Street kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Johnson.