awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
Syarikat AS Ocean Infinity sahkan sambung semula pencarian pesawat MH370
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/08/2022
03:31 MYT
Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta
Polis telah melengkapkan lima kertas siasatan berhubung insiden 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 8 Julai lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah melengkapkan lima kertas siasatan berhubung insiden 380 jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 8 Julai lalu.
Ketua Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara membabitkan penipuan pakej haji oleh dua agensi pelancongan dengan kerugian keseluruhan mencecah lebih RM5.67 juta.
Menurut beliau, kelima-lima kertas siasatan tersebut akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan nasihat dan arahan selanjutnya.
"Sebanyak 52 laporan polis diterima di Kuala Lumpur membabitkan kerugian RM2,32 juta, manakala 33 laporan polis diterima di Selangor dengan kerugian RM966,100.
"(Sementara) 18 lagi laporan polis diterima di Pahang membabitkan kerugian berjumlah RM1.25 juta manakala sebanyak tujuh laporan polis diterima di Johor dengan kerugian RM226,500," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, laporan polis juga diterima masing-masing enam di Kelantan melibatkan kerugian bernilai RM280,000 dan Perak (RM203,000).
Tidak ketinggalan, Melaka dan Kedah masing-masing menerima tiga laporan polis dengan jumlah kerugian RM251,000 dan RM48,000.
"Terengganu menerima dua laporan polis dengan RM76,000 kerugian manakala Pulau Pinang dan Negeri Sembilan masing-masing satu laporan polis dengan jumlah kerugian RM32,000 dan RM16,000," jelasnya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan polis menahan lima individu termasuk pemilik sebuah agensi pelancongan serta isterinya bagi membantu siasatan kes itu yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.
Pada 8 Julai lalu, hampir 400 jemaah haji terkandas di KLIA selepas dijanjikan penerbangan ke Jeddah, Makkah,
Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Visa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH.
Topic Berkaitan
#jemaah haji
#agensi pelancongan
#laporan polis
#visa Furada
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan