KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membenarkan jemaah di semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah menerima vaksinasi lengkap dua dos kembali menunaikan solat di masjid dan surau.
Bagaimanapun, pengurusan masjid dan surau, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memastikan setiap jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.
Dalam masa sama, Perdana Menteri mengingatkan, kesemua jemaah haruslah terus pulang sebaik selesai mengerjakan solat.
Menurut Muhyiddin, setiap jemaah juga mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang membuktikan bahawa mereka sudah menerima vaksinasi lengkap kepada petugas masjid atau surau.
“Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.
“Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam,” kata Muhyiddin dalam Pengumuman Khas berhubung kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap pada Ahad.
Kemudahan ini, jelas Perdana Menteri akan mula berkuatkuasa pada 10 Ogos ini (Selasa).
Dalam Pengumuman Khas itu, Muhyiddin turut menjelaskan, seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
1) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan
2) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
Astro Awani
Sun Aug 08 2021
Kerajaan bersetuju membenarkan jemaah di semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sudah menerima vaksinasi lengkap dua dos kembali menunaikan solat di masjid dan surau bermula 10 Ogos ini. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah
Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.
Jemaah haji melontar dalam keadaan cuaca panas terik
Lebih 1.8 juta jemaah haji menunaikan ibadah itu pada tahun ini dalam musim haji pertama tanpa sekatan sejak penularan COVID-19.
Lebih 2 juta jemaah tunaikan ibadah haji
Ini menjadi ziarah terbesar sejak pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan langkah pengurangan jumlah jemaah susulan sekatan COVID-19.
Ruang sempit, jemaah terpaksa solat atas jalan
Bilangan penduduk semakin meningkat dengan jumlah rumah kediaman yang bertambah menyebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.
Polis Israel serang jemaah Masjid Al-Aqsa sebelum masuk waktu Subuh
Polis Israel turut melontar bom tangan.
Masjidil Haram mula guna AI untuk pastikan operasi menjelang Ramadan 1444H lancar
Jemaah dapat memanfaatkan robot pintar dan aplikasi elektronik yang membantu memudahkan mereka melaksanakan ibadah.
Gara-gara bersalam tidak pandang muka, lelaki tampar jemaah masjid
Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman, seorang lelaki bertindak menampar belakang kepala seorang jemaah di masjid.
Haji: Jemaah yang masih keliru dan tak sempat kursus akan terus dibimbing
Jemaah yang masih keliru dengan ibadah haji dan penerima tawaran saat akhir, tanpa sempat menghadiri kursus persediaan, tidak perlu gusar kerana akan tetap dibimbing dengan baik.
TH kaji keperluan bayaran haji bersasar, bantu golongan B40
Lembaga Tabung Haji (TH) sedang mengkaji keperluan untuk membuat penstrukturan bayaran haji secara bersasar mengikut tahap kemampuan dan pendapatan jemaah.
Ramadan kembali, suasana solat sunat tarawih di Mekah meriah
Ramadan bermula pada hari yang berbeza di bahagian dunia yang berlainan - biasanya selang sehari atau dua hari.