SEREMBAN: Pengunjung berpeluang menikmati keunikan daerah Jempol, satu daripada destinasi ekopelancongan menarik di Negeri Sembilan, pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Seri Jempol hujung minggu ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Razali Ab Malik berkata Jelajah AKM Negeri Sembilan kali ini menawarkan pelbagai program menarik dan bermanfaat kepada penduduk tempatan dan pengunjung dari negeri berdekatan selama tiga hari bermula Jumaat ini.
"Jempol antara destinasi ekopelancongan yang sering dikunjungi penduduk di negeri ini serta pengunjung di negeri berdekatan terutamanya pada hujung minggu bagi menikmati keindahan alam semula jadi di daerah itu.
"Pada Jelajah AKM kali ini, dijangkakan kira-kira 100,000 pengunjung akan hadir. Antara kelainan di sini ialah khemah Hospital Futuristik iaitu hospital masa hadapan yang menggunakan sistem dan teknologi canggih," katanya kepada pemberita.
Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang murah, produk tempatan, serta terdapat 152 cabutan bertuah termasuk dua motosikal.
Beliau berkata terdapat 27 reruai melibatkan pelbagai kementerian, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri mengambil bahagian.
"Selain itu, usahawan tempatan di sekitar Jempol dapat memanfaatkan peluang mengembangkan perniagaan mereka menerusi program Padanan Perniagaan yang melibatkan syarikat pasaran tempatan, e-dagang, logistik, peruncitan dan koperasi," katanya.
Razali berkata antara program lain ialah Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia dengan 27 majikan dan 4,132 kekosongan jawatan yang melibatkan pelbagai sektor swasta dan 157 reruai usahawan.
Bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung, perkhidmatan bas disediakan di empat lokasi iaitu di Palong Felda Jaya; Bahau-Felda Jaya; Sg Lui-Felda Jaya dan Jabatan Pengangkutan Jalan Jempol-Dataran Sri Jempol ke tapak program.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 06 2022
Pada Jelajah AKM kali ini, terdapat 27 reruai melibatkan pelbagai kementerian, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri mengambil bahagian. - Foto DagangNews
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Jempol destinasi ekopelancongan, tawar pelbagai program menarik Jelajah AKM
Pada Jelajah AKM kali ini, dijangkakan kira-kira 100,000 pengunjung akan hadir.