SUNGAI GOLOK: Statistik jenayah melibatkan rakyat Malaysia di selatan Thailand semakin berkurangan dan terdapat penurunan berbanding tahun lepas.
Ketua Polis Sungai Golok, Kolonel Polis Pratya Baite berkata, statistik penurunan itu melibatkan keseluruhan kes jenayah termasuk dadah dan pemerdagangan manusia.
"Jenayah membabitkan rakyat Malaysia di sini semakin berkurangan dan berlaku penurunan pada tahun ini.
"Ia adalah satu perkembangan baik bagi indeks dan kadar pencegahan jenayah di wilayah ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Polis Ke-108, di sini, hari ini.
Pratya berkata, statistik penurunan jenayah itu begitu ketara dengan jumlah penurunan kepada 650 kes berbanding tahun sebelumnya dengan 864 kes.
Menurutnya, kerjasama baik di antara polis kedua-dua negara, khususnya yang melibatkan sempadan negara, banyak membantu.
"Kita mahu hubungan bagaikan adik-beradik di antara Malaysia dengan Thailand dapat diteruskan sampai bila-bila. Jika ada apa-apa kita akan sentiasa bertukar maklumat antara satu sama lain," katanya lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berharap kerjasama erat ini dapat perkukuhkan lagi sekali gus dapat mengekang jenayah yang berlaku di sempadan negara.
"Dengan adanya kerjasama di antara kedua-dua wilayah di sempadan negara ini akan dapat memperkukuhkan maklumat dan rantaian sistem kedua negara bagi membendung jenayah.
"Bagi saya hubungan yang kita bina ini sudah teguh, sudah kuat. Dengan hubungan ni banyak manfaat dan kelebihan yang kita dapat. Terutamanya dari segi pertukaran maklumat.
"Ia berlaku apabila terdapat kes yang besar terutamanya melibatkan kes culik seperti sebelum ini. Jadi kita boleh 'access' terus berbanding sebelum ini mungkin sukar untuk kita hubungi antara sama-sama atasan.
"Jadi, bila ada hubungan baik ini, kita boleh terus berhubung dan terus bertindak dengan pantas. Banyak perkara kita boleh selesaikan, walaupun ambil sedikit masa, tapi benda itu ada 'progress' dengan baik bagi saya.
"Kami di sempadan mahu bina hubungan yang rapat dengan semua pihak. Semua dapat main peranan, jadi kita satu hati, sekali gus dapat membentuk satu keluarga yang baru antara sempadan dengan sempadan antara negara," katanya.
Mohd Nasaruddin membuat kunjungan bersama 17 pegawai polis, pegawai kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Imigresen Kelantan ke Balai Polis Sungai Golok bagi meraikan Hari Polis di wilayah itu.
Wanna Abd Rahim
Tue Oct 18 2022
Mohd Nasaruddin (kiri) dan Pratya Baite berharap kerjasama erat kedua-dua negara dapat diperkukuhkan lagi sekali gus dapat mengekang jenayah yang berlaku di sempadan negara. -Astro AWANI
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Kerosakan jalan, cerun dianggar bernilai RM312.1 juta
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan, kerosakan jalan raya dan cerun akibat banjir susulan gelombang Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara dianggarkan berjumlah RM312.1 juta.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
"Kamu orang Kelantan, tak tau" - YB Seri Gading
YB Seri Gading membidas YB Pasir Mas dengan sejarah di sebalik Pulau Batu Puteh.
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
"1979 semasa berlaku pertindihan, Datuk Mahfuz Omar ketua pemuda PAS ketika itu nak pergi ke Pulau Batu Puteh dihalang oleh kerajaan pada waktu itu," kata YB Seri Gading.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Jenayah melibatkan rakyat Malaysia di Thailand menurun
Statistik penurunan itu melibatkan keseluruhan kes jenayah termasuk dadah dan pemerdagangan manusia.