KUALA LUMPUR: Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata Malaysia selaku pengerusi sidang kemuncak itu memutuskan untuk membawa isu jenayah penipuan pekerjaan dalam agenda utama memandangkan jenayah itu kini menjadi krisis global.
"Kita negara ASEAN yang paling ke hadapan memasukkan tajuk ini dalam sidang kemuncak ASEAN yang akan kita pengerusikan tahun hadapan... kitalah yang mencadangkan tajuk jenayah penipuan pekerjaan ini dimasukkan dalam satu daripada 10 agenda keutamaan yang akan kita bawa.
"Jenayah jenis tersebut sebelum ini hanya diklasifikasikan sebagai mangsa tipu oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), namun kini badan itu telah mengiktiraf jenayah ini sebagai jenayah pemerdaganagn orang... jadi bukan sahaja kita yang melihat krisis ini, tetapi negara serantau dan global turut sama," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Rita Sarimah Anak Patrick Insol yang ingin mengetahui statistik terkini bilangan mangsa penipuan sindiket kerja dan pelan tindakan kerajaan untuk menangani masalah penipuan kerja dengan lebih cekap serta berkesan.
Saifuddin berkata berdasarkan laporan polis sejak Sept 2021 hingga kini, 362 laporan polis diterima berkaitan penipuan pekerjaan melibatkan 470 mangsa.
"Daripada 470 mangsa ini, 331 orang telah diselamatkan dan bakinya 139 kita kategorikan masih terkandas di negara yang terlibat," katanya.
Sebagai usaha berterusan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai jenayah ini, Saifudin berkata usaha sama akan dijalankan bersama pihak Malaysia Airport Berhad.
"Sebelum mana-mana individu keluar negara dan terjebak dengan jenayah ini, kita akan adakan kaunter mengenai jenayah penipuan pekerjaan dan pemerdagangan di pintu keluar negara untuk beri kesedaran kepada orang ramai.
"Di kaunter itu mungkin mereka boleh semak terlebih dahulu sebelum mereka meneruskan langkah, kemudian kita akan buat paparan elektronik atau digital di pintu keluar negara sebagai ikhtiar akhir bagi terus mengingatkan orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Jenayah penipuan pekerjaan antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Jenayah penipuan pekerjaan akan menjadi salah satu daripada 10 agenda utama yang akan diberi penekanan ketika Sidang Kemuncak ASEAN 2025.