awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi

Bernama
Bernama
25/04/2022
09:28 MYT
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Puan Sri Rohani Abdullah menyiram air mawar selesai upacara pengkebumian Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20, hari ini. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada 2.45 petang tadi.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah, selepas penghormatan terakhir yang diadakan di masjid berkenaan.
Nor Azamir turut membacakan talkin selepas Allahyarham dikebumikan, yang turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat di tanah perkuburan itu.
Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland Khamis lepas.
Anak Allahyarham, Azman yang mewakili ibunya Puan Sri Rohani Abdullah, mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang membantu menguruskan pengebumian ayahnya.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terbalas kepada semua sahabat dan ahli keluarga yang hadir untuk mengakhiri proses pengebumian ayahanda kami," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#Ali Hamsa meninggal dunia
#ketua setiausaha negara
#Hospital Dublin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan