KUALA LUMPUR: Tokoh pendidikan negara, Tun Dr Arshad Ayub yang meninggal dunia awal pagi tadi disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, Selangor petang ini.

Jenazah dibawa dari Hospital KPJ Damansara ke Masjid Kolej Islam Malaysia, Jalan Universiti untuk disembahyangkan.

Terdahulu berita pemergian Allahyarham disahkan keluarganya dalam satu kenyataan pagi tadi. 

BACA: Tun Arshad Ayub meninggal dunia

[TERKINI] Belasungkawa | Tun Arshad Ayub meninggal dunia

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sejak Selasa lalu kerana masalah kesihatan.

Arshad, 93, adalah pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) sejak tahun 1967 hingga 1975 sekali gus pencetus idea kepada perkembangan pendidikan di ITM yang kini dikenali sebagai UiTM.

Anak kelahiran Muar, Johor itu pernah bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dan berkecimpung dalam dunia perniagaan serta menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan juga badan-badan berkanun.

BACA: Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub