awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/08/2020
03:28 MYT
Tokoh pendidikan negara dianugerah Tun: Ini fakta menarik profil Arshad Ayub
Arshad merupakan antara individu yang berjaya mencapai dan merealisasikan sasaran pendidikan bagi DEB. - FotoBERNAMA
Tun Dr Arshad Ayub, nama yang cukup dikenali dalam sistem pendidikan dan ekonomi negara terutama kepada graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Beliau yang kini berusia 92 tahun hari ini dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan itu berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Ini fakta menarik tentang Pro-Canselor UiTM, Tun Dr Arshad Ayub:
1. Anak jati Muar yang dilahirkan pada tahun 1928 ini adalah Pengasas dan Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional MARA yang terus merevolusi hingga menjadi sebuah universiti, UiTM.
2. Bertugas sebagai Ketua Setiausaha bagi tiga kementerian.
3. Pernah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya Gaji Harun dan Timbalan Gabenor Bank Negara.
4. Menjadi individu yang memperkenalkan sistem pendidikan perakaunan (ACCA) dan undang-undang (LLB) di Malaysia.
5. Memperkenalkan kursus-kursus profesional seperti Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan Pengurusan Hartanah di ITM yang kini bergelar UiTM.
6. Memulakan program berkembar dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran dan pengajaran di UiTM, yang kekal hingga hari ini.
7. Antara individu yang berjaya mencapai dan merealisasikan sasaran pendidikan bagi Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Topic Berkaitan
#ACCA
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
#Arshad Ayub
#darjah kebesatran Tun
#Dasar Ekonomi Baru
#DEB
#LLB
#Seri Setia Mahkota
#UiTM
#Universiti Teknologi MARA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan