awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah anggota bomba mati lemas dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/02/2024
16:40 MYT
Jenazah anggota bomba mati lemas dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan
Jenazah Allahyarham Mohd Izwan Illias dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan. - Foto JBPM
BUTTERWORTH: Jenazah anggota Bomba yang lemas sewaktu menyelenggara bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Jeti Pangkalan Marin di Mak Mandin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Jamek Pekan Darat, Butterworth, pada malam Jumaat.
Jenazah Allahyarham Mohd Izwan Illias, anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikebumikan dengan penuh istiadat kebombaan.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran lima anak Allahyarham berusia antara empat dan 16 tahun, ahli keluarga serta rakan setugas arwah.
Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad .
Kematian Mohd Izwan diklasifikasikan sebagai terkorban ketika menjalankan tugasnya.
Majlis istiadat penghormatan terakhir diadakan sebagai tanda menghargai komitmen Allahyarham sepanjang berkhidmat dalam pasukan JBPM.
Terdahulu, jasad Mohd Izwan ditemukan pada pukul 5.32 petang Jumaat selepas operasi mencari selama 19 jam dilakukan pasukan bomba.
Media sebelum ini melaporkan mangsa terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan kerja penyelenggaraan bot kira-kira pukul 10.10 malam Khamis.
Topic Berkaitan
#pasukan penyelamat
#JBPM
#kerja penyelenggaraan bot
#penghormatan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan