awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Awang Askandar selamat tiba di Everest Base Camp

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2023
07:11 MYT
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di Everest Base Camp
Menurut hantaran misi Malaysia Everest 2023 di Facebook, jenazah akan dibawa ke Lukla menggunakan helikopter, sebelum dibawa ke hospital di Kathmandu. Foto - Facebook Malaysia Everest 2023
KUALA LUMPUR: Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Everest Base Camp pada jam 9.50 pagi waktu Nepal hari ini.
Menurut hantaran misi ME 2023 di Facebook, jenazah akan dibawa ke Lukla menggunakan helikopter, sebelum dibawa ke hospital di Kathmandu.
Video yang dimuat naik di akaun ME 2023 menunjukkan helikopter yang membawa jenazah Allahyarham tiba di Everest Base Camp.
Kata Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, jenazah Allahyarham dibawa turun dari kem empat menggunakan pengusung dengan bantuan oleh enam malim gunung.
Pada Isnin, proses membawa turun jenazah ditangguhkan berikutan masalah cuaca.
Selain itu, berlaku kesesakan trafik di laluan trek memandangkan berbaki beberapa hari lagi sebelum musim pendakian berakhir pada 28 Mei.
Allahyarham Awang Askandar yang juga Pengarah Pertahanan Awam (APM) Kedah meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.
Ketika itu, beliau hanya memerlukan kira-kira 20 minit lagi untuk sampai ke puncak Everest.
Topic Berkaitan
#Awang Askandar Ampuan Yaacub
#pendaki
#Gunung Everest
#jenazah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan