MALAYSIA
Jenazah bonda Tengku Permaisuri Selangor selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua, kiri) berkenan mengiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) menabur bunga di pusara ibunda tercinta, Allahyarham Esah Tahar hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Jenazah bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Esah Tahar selamat dikebumikan di Makam Diraja di sini kira-kira 2.45 petang tadi.
Ringkasan AI
- Jenazah Esah Tahar, bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor, selamat dikebumikan di Makam Diraja selepas disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
- Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin hadir menyaksikan pengebumian, bersama ahli keluarga dan beberapa pemimpin negeri serta pegawai agama.
- Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Damansara, akibat sakit tua.
Turut hadir ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi serta Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri Datuk Rizam Ismail.
Selain itu, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Salehuddin Saidin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dan Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar juga hadir.
Baginda berdua turut berkenan menyiram air mawar selepas bacaan talkin dipimpin Muhammad Farhan selesai.
Selangor Royal Office menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Allahyarham Esah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Damansara pada 5.15 pagi tadi kerana sakit tua.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami